ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMWT lancar Toyota Vios serba baharu (2023) – Pelantar DNGA, dua varian, harga dari RM89,600

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor malam ini secara rasminya melancarkan generasi keempat Toyota Vios (AC100) ke pasaran Malaysia. Hanya dua varian ditawarkan, (harga atas jalan tanpa insurans):

  • Toyota Vios 1.5E – RM 89,600
  • Toyota Vios 1.5G – RM 95,500

Buat masa ini tiada pilihan varian J, mahupun GR Sport (GR-S). Lima pilihan warna ditawarkan, antaranya Platinum White PearlSilver MetallicAttitude BlackNebula Blue Metallic dan warna baharu iaitu Spicy Scarlet.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., setakat ini Vios serba baharu telah menerima lebih 5,000 unit tempahan sejak ia mula dibuka pada 24 Februari lalu.

Model yang dipasang di Assembly Services Sdn Bhd (ASSB) di Bukit Raja ini dibina berasaskan pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Ia menjadi kenderaan pertama yang menggabungkan teknologi terkini ketika proses pemasangan.

Penggunaan Bahan Tegangan Ultra Tinggi, Reka Bentuk Bingkai Berterusan dan Peningkatan Titik Kimpalan menjadikan ketegaran bahan kereta yang lebih tinggi, selain turut mengurangkan jisimnya.

Ruang enjin juga telah direka semula bagi mengurangkan titik putus bentuk, sekali gus mengurangkan beratnya.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Kesemua varian dijana oleh enjin 1.5 liter 2NR-VE Dual-VVTi yang dipadankan dengan transmisi CVT dengan Sequential Shiftmatic. Kombinasi enjin dan transmisi ini menghasilkan output sebanyak 105 kuasa kuda dan 138 Nm daya kilas.

Meskipun outputnya sedikit rendah berbanding generasi terdahulu, namun dengan kehadiran kotak gear baharu, ia kini lebih responsif serta menjimatkan penggunaan bahan api, sekitar 5.2 liter untuk setiap 100 km.

Dari segi dimensi pula, Vios 2023 berukuran 4,425 mm panjang, 1,740 mm lebar, 1,480 mm tinggi, dengan jarak antara roda pada 2,620 mm.

Ini bermakna Vios 2023 adalah 5 mm lebih panjang, 10 mm lebih lebar, 5 mm lebih tinggi, manakala jarak antara rodanya pula bertambah sebanyak 70 mm berbanding generasi sebelumnya.

Dari luaran, Vios 2023 tampil dengan penggayaan sebuah fastback yang sporty dan sesuai dengan jiwa muda. Di ruangan kabin pula, susun atur papan pemuka Vios 2023 kini lebih moden dan minimalis, selain penggunaan bahan yang menyerlahkan lagi kemewahannya.

Vios 2023 dilengkapi dengan paparan meter digital 7-inci, kawalan pendingin hawa digital, corong pendingin hawa di belakang dan unit inforia gaya terapung 9-inci yang menyokong ketersambungan nirwayar Apple CarPlay dand Android Auto.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Selain itu, model sedan segmen-B ini turut dilengkapi dengan ciri baharu seperti paddle shifter dan brek parkir elektronik yang memberi lebih kemudahan buat pemandu.

Dari segi keselamatan, semua varian Vios 2023 dilengkapi dengan ciri keselamatan standard seperti enam beg udara, kawalan kestabilan kenderaan (VSC), sistem brek anti-kunci (ABS), agihan brek elektronik (EBD), bantuan brek (BA), bantuan mula mendaki dan banyak lagi.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi:

  • Pencegahan Keluar Lorong
  • Amaran Keluar Lorong
  • Amaran Kenderaan Di hadapan
  • Sistem Pra-perlanggaran
  • Kawalan Kekal Lorong
  • Kawalan Jelajah Adaptif
  • Pancaran Lampu Tinggi Auto

Bukan itu sahaja, ciri keselamatan standard lain yang canggih untuk kedua-dua varian termasuklah kawalan injak pincang-tugas (PMC), monitor pandangan panoramik 360-darjah dan pemantau titik-buta(BSM) dengan amaran lintasan di belakang (RCTA).

Vios 2023 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan, perkhidmatan 24SEVEN Road Assist dan langganan secara percuma Toyota Vehicle Telematics System selama tiga tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply