ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Saga Black Knight muncul juara Concours de l’Ordinaire di Hagerty Festival of Unexceptional 2021

Berita Global

Views

Kereta kebanggaan negara, Proton Saga 1.5 GL Black Knight telah dinobatkan sebagai juara Concours de l’Ordinaire di Hagerty Festival of Unexceptional 2021 yang berlangsung di Lincolnshire, UK semalam. Ia merupakan satu acara yang dianjurkan khusus untuk model-model kereta yang unik, namun kurang popular di UK dari era 60-an hingga 90-an.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Kata pemilik Saga Black Knight ini, seorang anggota polis berusia 30-tahun bernama Jon Coupland, model keluaran 1989 itu hanya dijual sebanyak 201 unit di UK. Tambahnya lagi, ada kemungkinan kereta itu adalah satu-satunya model tersebut yang masih lagi wujud di negara itu, termasuk di seluruh pelusuk dunia.

Dengan kemenangan ini, Coupland telah berjaya menggondol trofi Hagerty yang berbentuk ‘cangkir teh’. Selain Proton 1.5 GL Black Knight milik Coupland, model Peugeot 106 XN Graduate edisi khas keluaran tahun 1991 milik Danny Wilson muncul sebagai pemenang tempat kedua.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Antara barisan juri yang mengadili pertandingan kali ini ialah penyampai televisyen Paul Cowland, editor Practical Classics, Danny Hopkins serta beberapa individu lagi seperti Tanya Field, Andrew Frankel, Gary Axon dan Jon Bentley.

Seramai 50 orang peserta telah mengambil bahagian dalam edisi kali ini dan acara tersebut telah dihadiri kira-kira 3,000 orang peminat yang berhimpun di laman Grimsthorpe Castle, di Lincolnshire. Tahniah kami ucapkan kepada Jon Coupland! Cermat betul dia jaga Proton Saga Black Knight tu kan?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hagerty UK

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply