ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai dan LG meterai MoU bina kilang giga bateri di Indonesia

Berita Global

Views

Hyundai Motor Group dan LG Energy Solution telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pemerintah Indonesia untuk membina kilang giga bateri yang bakal dibina di Karawang. Kilang giga ini nanti dijangka bakal membekalkan kira-kira 150,000 unit bateri untuk kenderaan elektrik (EV) setahun.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Di bawah MoU ini, Hyundai Motor Group dan LG Energy Solution bakal melabur sejumlah USD 1.1 bilion (RM 4.6 bilion) dalam usahasama tersebut dengan membina kilang di tapak seluas 330,000 meter persegi. Upacara menandatangani MoU telah diadakan secara maya di ibu pejabat LG Energy Solution di Seoul, Korea Selatan.

Difahamkan sebab utama di sebalik minat kedua-dua entiti ini dalam pengeluaran bateri di Indonesia adalah berkaitan dengan nikel. Indonesia merupakan salah satu pengeluar nikel terbesar di dunia (elemen utama dalam katod LGM dan NCMA LG).

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Akses ke bekalan nikel akan diberikan kepada syarikat yang akan melabur dalam pengeluaran produk akhir tempatan. Hyundai Motor Group dan LG Energy Solution dijangka bakal memulakan pembinaan kilang tersebut pada suku keempat 2021.

Kilang tersebut dijangka siap sepenuhnya pada separuh pertama 2023 dan pengeluaran massa pula akan bermula pada separuh pertama 2024. Bateri yang dihasilkan oleh kilang ini nanti akan digunakan oleh model-model EV keluaran Hyundai dan KIA yang dibina berdasarkan Pelantar Modular Elektrik Global (E-GMP).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply