ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Proton Saga Knight era moden – ‘Ikon negara’ bakal tampil dengan gaya futuristik

Impresi Artis

Views
IKUTILAH KEHEBATAN PROTON KNIGHT (1989) - JELAJAH PROTON KNIGHT SELURUH MALAYSIA!

Bila sebut nama Proton Saga Knight, pasti ada di kalangan anda semua yang teringat aksi ‘angkat tayar’ secara mengiring seperti yang biasa ditonton dalam filem James Bond kan? Model berasaskan Saga Aeroback yang dilancarkan pada 1989 itu kini dijelmakan semula dengan gaya lebih moden.

Saga Knight era moden ini merupakan hasil karya Saharudin Busri atau lebih mesra dipanggil Wak yang merupakan Ketua Rekabentuk Industri di MIMOS Berhad.

Setakat ini hanya beberapa imej acah dibekalkan kepada pihak media dan katanya, rekaan ini bakal didedahkan sepenuhnya pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-64.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Harus diingat, ini bukanlah model konsep yang direka oleh pereka Proton, ia cumalah rekaan 3-dimensi yang direka oleh Saharudin untuk sesi webinar reka bentuk anjuran Persatuan Pereka Perindustrian Malaysia (PEREKA).

Reka bentuk luaran Saga Knight ini menampilkan penggayaan ala retro-moden dan banyak dipengaruhi oleh elemen rekaan asal model 1989. Paling ketara ialah profil badan yang agak bersegi, terutama pada garis bumbung dan sisi termasuk lengkung roda.

Ia masih menggunakan rekaan hud model klasiknya dengan penggayaan semula telah dibuat pada reka bentuk lampu utama yang kini menggunakan jenis LED bersama lampu siang (LED) seperti jejalur cahaya melintang yang bersambung antara satu sama lain.

Paling mencuri tumpuan adalah rekaan jeriji klasik yang ditampal dengan logo retro Proton. Selain itu pelekat grafik gaya perlumbaan yang ada pada bahagian sisi model asal masih lagi kekal dan diberi nafas baharu. Sekilas pandang, model konsep Saga Knight ini nampak seperti sebuah hatchback lima-pintu dari pandangan sisi.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Buat masa ini kita hanya dapat melihat imbasan rekaan belakangnya, namun apa yang pasti kesinambungan jejalur cahaya di jeriji hadapan turut hadir pada rekaan lampu belakang. Di bawah jejalur lampu itu pula dikhaskan untuk ruangan untuk nombor plat dengan rekaan bampar yang ringkas.

Difahamkan reka bentuk ruang kabin model ini adalah hasil usahasama dengan sebuah syarikat jam tempatan, Artwist. Sebenarnya pengasas Artwist, Ahmad Bostami bin Ahmad pernah bekerja sebumbung ketika berkhidmat di Proton|Design suatu ketika dahulu.

Ilham rekaan dalaman diinspirasikan dari jam tangan edisi khas kumpulan Wings, menggunakan tema warna merah dan hitam. Rekaannya juga masih berkonsepkan moden-retro dengan gaya futuristik dan minimalis, terutama penggunaan panel digital dengan skrin lebar merentangi bahagian atas papan pemuka.

Untuk menyaksikan rekaan penuh Saga Knight era moden ini, tunggu 31 Ogos ye!

SAGA Knight Concept Sketch

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply