⦁ Saga menjadi model sedan segmen A-Plus
⦁ Enjin 1.0-liter turbo janjikan penjimatan
⦁ Kajian kesesuaian untuk 1.0-turbo sedang dilakukan
Proton Saga merupakan model ikonik untuk Proton dan ianya terus popular di pasaran Malaysia sebagai model mampu milik yang praktikal dan lasak. Proton akan meneruskan tradisi tersebut di masa depan menerusi pembaharuan teknologi untuk menjadikannya terus relevan dan diingini.
Apabila ditanya samada enjin baharu 1.0 and 1.2-liter VVT akan digunakan pada model baru yang lebih kompak dari yang ada sekarang, CEO Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata mereka belum membuat keputusan tersebut namun enjin 1.0 dan 1.2-liter mungkin digunakan dalam model Saga. “Kami sedang mempertimbankan samada enjin 1.0-liter dan 1.2-liter turbo sesuai untuk digunakan pada model Saga akan datang.”
“Enjin kompak ini mungkin sesuai dengan Saga masa depan yang akan berada dalam segmen A ataupun A-Plus dan untuk tujuan itu ia mungkin akan dilengkapi dengan turbo. Kita akan membuat keputusan tersebut dan merancang program pembangunan untuk tujuan penambahan turbo untuk enjin kompak,” tambahnya lagi.
Enjin kompak ini juga mungkin akan digunakan dalam model segmen A yang lain yang mungkin dibangunkan dengan kerjasama yang sudah terjalin bersama Suzuki. Bagaimanapun ini adalah sekadar spekulasi dan belum dinyatakan oleh Proton sendiri. Dengan adanya enjin kecil ini, Proton berada dalam posisi lebih kompetitif untuk memasuki segmen A dan ini sudah tentu akan menjadikan pasaran automotif tempatan lebih menarik.
Artikel oleh : Shamsul Yunos
Look aggressive movement.. Good..
saga r ni lagi cantekkk dr current saga..yummy yummy..
hehehe
Proton semakin improve dan power
Jangan puji melangit. .. tunggu bila dah keluar baru komen. 3 model keluar dlm tahun yg sama, proton mungkin xcukup masa nk design cantik2. Takut Perdana cantik, persona boleh dierima, saga ala kadar….
Mmm…. setiap model yg terhasil mengambil masa sekurang2nya dlm tempoh 24 bulan. Model blum kuar nk puji mcmana kn?:) cuma teruja dan berbangga jer kot:) Nk design secantik dan secanggih mana tiada halangan, cuma budget jer jadi kekangan. Terus berharap agak model2 yg terhasil adalah value for money dlm segment2 masing.
Cheers!
harap2 design proton level iriz atau lebih lg