ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton sasar 2,000 unit S70 sebulan, 400 tempahan setakat ini

Berita Tempatan

Views

Proton Holdings Bhd (Proton) menyasar menjual model sedan terbaharunya, S70 sebanyak kira-kira 2,000 unit sebulan, kata Timbalan Ketua Eksekutifnya, Roslan Abdullah.

Beliau berkata anggaran jualan itu adalah berdasarkan permintaan dan tempahan dan dijangka meningkat sekiranya permintaan bertambah.

“Pada minggu pertama pelancaran ‘line-off‘ (31 Oktober), kita telah rekodkan 400 tempahan, pada hari yang sama juga kita telah buka tempahan dengan pembayaran deposit RM500.”

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri majlis lawatan Naib Presiden China Han Zheng ke Proton Tanjung Malim, hari ini.

Menurut Roslan jumlah tempahan dijangka bertambah selaras dengan aktiviti jelajah yang akan dilaksanakan pasukannya bagi memperkenalkan model berkenaan kepada rakyat Malaysia dan pelancaran rasmi serta pengumuman harga akan diadakan dalam masa terdekat.

Pada 31 Oktober lalu Proton melancarkan S70, model sedan baharu yang pertama ditambahkan ke barisan model Proton sejak pelancaran Proton Persona pada Ogos 2016. Model itu akan dikeluarkan di kilang Proton Tanjung Malim.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Mengulas mengenai model Proton X90 yang mengalami kecacatan pendawaian dan membawa kepada insiden haba, Roslan berkata 93 peratus kenderaan yang dipanggil balik telah dibaiki.

“Ada kira-kira 3,000 yang telah kita jual, sehingga kini pun pasukan kita sedang menjejak baki pemilik X90 bagi membuat janji temu untuk pembaikan model berkenaan,” katanya sambil menambah pengeluaran terbaharu model itu bebas dari kecacatan berkenaan.

Proton sebelum ini mengumumkan panggilan semula model X90 susulan kecacatan pendawaian yang boleh membawa kepada insiden haba kenderaan utiliti sukan (SUV) itu. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto rasmi Proton S70 (SS11)

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply