ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton siar video acah pertama Persona MC2 dan Iriz ACTIVE, bakal dilancarkan 5 Ogos!

Berita Tempatan

Views
Proton Persona & Proton Iriz - Teaser 1

Laman Facebook dan juga saluran YouTube rasmi Proton telah mula menyiarkan video acah pertama model Persona MC2 dan Iriz ACTIVE. Pada masa Proton turut mengesahkan tarikh pelancaran kedua-dua model facelift ini yang akan berlangsung  pada 5 Ogos nanti.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Acara pelancaran bakal dilangsungkan secara maya menerusi saluran media sosial rasmi Proton bermula jam 11.00 pagi. Pada masa yang sama, mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kedua-dua model ini boleh mendaftarkan minat mereka menerusi pautan ini.

Dalam artikel terdahulu, kita dapat melihat kedua-dua model ini secara tidak sengaja semasa Polis Perak yang telah melakukan pemantauan Operasi Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di kilang Proton, Tanjung Malim.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Persona MC2 akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian, iaitu Standard 1.6L CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT, manakala Iriz MC2 juga akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian tetapi dengan dua pilihan enjin berbeza, iaitu Standard 1.3L CVT, Executive 1.6L CVT dan varian baharu, Active 1.6L CVT.

Bagi kedua-dua model ini, Proton tidak lagi menawarkan transmisi manual dan hanya menawarkan transmisi CVT sahaja yang dilengkapi dengan fungsi SAT (Stepped Auto Transmission). Untuk mengetahui info lanjut mengenai Persona MC2, anda boleh klik pautan ini dan untuk Iriz MC2 sila klik di sini.

Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply