Akhirnya teka-teki bilakah pelancaran model Proton X70 Special Edition (SE) terjawab dan ia sah akan dilancarkan pada 22 Julai ini. Ia disahkannya menerusi hantaran terbaharu di Facebook yang mengumumkan pelancaran akan dibuat secara maya di platform media sosial itu bermula jam 11 pagi.
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
Proton dalam masa yang sama juga turut menyiarkan video acah pertama X70 SE dan membuka satu laman mikro bagi orang ramai mendaftarkan minat mereka pada model tersebut. Anda boleh klik pautan ini untuk membuat pendaftaran.
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
Apa yang menarik mengenai X70 Special Edition (SE)?
- Ditawarkan dalam dua pilihan warna eksklusif, iaitu Ocean Blue dan Ruby Red.
- Bumbung dan cermin sisi berwarna hitam.
- Rim aloi bersaiz 19-inci (sama seperti rekaan rim yang digunakan pada Geely Bo Yue PRO / Azkarra.
- Lencana SE di bahagian belakang.
- Kemasan dalaman eksklusif dengan balutan tempat duduk kulit Nappa berwarna hitam.
- Alas kaki istimewa dengan logo SE.
- Sistem Penapis Udara Pintar Proton (P-IAPS)
Selain itu, X70 SE turut ditawarkan dengan aksesori pilihan seperti visor pintu dan juga alat perakam video digital (DVR/dashcam). Nantikan kemunculannya!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
KOMEN TERKINI