ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton tawar diskaun 50 peratus alat ganti terpilih untuk semua model, kecuali X50 dan X70

Berita Tempatan

Views

Proton mengemaskini pakej bantuan pelanggan yang menjadi mangsa banjir baru-baru dengan pemberian diskaun sebanyak 50 peratus bagi alat ganti terpilih untuk semua model, kecuali Proton X50 dan Proton X70.

Selain itu, servis tunda serta pembersihan luar dan ruang enjin turut ditawarkan secara percuma. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, pihaknya amat bersimpati dengan nasib mangsa banjir baru-baru ini kerana kebanyakan mereka terdiri daripada golongan B40.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Katanya, sehingga kini, kira-kira 600 kenderaan telah diterima oleh pusat servis Proton dan menjangkakan lebih banyak lagi unit akan tiba pada hari dan minggu yang akan datang.

Bagi pemilik Proton X50 dan Proton X70, diskaun untuk alat ganti terpilih telah dinaikkan kepada 25 peratus berbanding dengan 20 peratus yang telah diumumkan sebelum ini. Diskaun sebanyak 25 peratus juga akan diberikan bagi kos upah untuk semua model.

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800

Tawaran bantuan ini boleh didapati di pengedar 3S/4S Proton terpilih dan tertakluk kepada terma dan syarat. Sebagai tambahan, pelanggan yang diinsuranskan bawah Program Insurans Proton (PIP) layak menerima bayaran bantuan banjir sebanyak RM1,000.

Selain daripada pakej bantuan, Proton juga akan berunding dengan pihak bank untuk membenarkan pelanggan membuat bayaran secara ansuran melalui kad kredit bagi pembayaran bil.

Kemudahan ini bermakna mereka tidak akan dikenakan bayaran faedah serta tidak perlu membuat bayaran penuh secara sekali gus. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian pelanggan Proton di 1-800-88-8398.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply