ARKIB

KATEGORI

Tular

Selamba je parkir dekat simpang, pemandu Toyota Prius C ini disaman

Tular

Views

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM menerusi satu hantaran terbaharu di laman Facebooknya memaklumkan, pihak JSPT Perak telah menjalankan siasatan awal berhubung satu klip video tular yang memaparkan sebuah Toyota Prius C yang dipandu oleh seorang lelaki telah diparkir di tengah simpang jalan, 52 Jalan Saw Seong Peck, Ipoh, Perak.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Susulan itu, JSPT Perak pergi ke alamat rumah pemilik motokar tersebut dan siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 28 Disember 2021. Lelaki tersebut kemudiannya telah diberikan amaran dan dikenakan saman atas kesalahan halangan lalu lintas jalan.

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800

JSPT memandang serius kelakuan pemandu kenderaan yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas dan bersifat ‘pentingkan diri’ tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain. Kerjasama warganet dalam menyalurkan sebarang video dan gambar kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya yang lain amatlah hargai.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply