ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton tingkat aliran pendapatan menerusi perniagaan baharu, sedang dipersiapkan jentera lumba S70 R3 untuk S1K

Berita Tempatan

Views

Proton sedang mempelbagaikan operasi dan aliran pendapatan dengan meneroka peluang di dalam dan di luar ekosistem automotif dalam usaha memperluaskan perniagaannya.

Proton Global Services (PGS), anak syarikat milik Proton Edar, muncul sebagai penyumbang utama kepada rangkaian perniagaan Proton meskipun dalam usianya yang masih muda.

Ditubuhkan pada tahun 2021 dengan hanya satu outlet makanan dan minuman dan barangan cenderahati, PGS telah meluaskan skop operasinya dengan kini merangkumi enam bidang utama, iaitu Gaya Hidup, Kejuruteraan, Latihan, Tenaga Baharu, Logistik dan R3 Motorsports.

Dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Yeet Chuan, pendapatan syarikat telah meningkat secara eksponen daripada kurang RM1 juta pada tahun 2021, kepada 19 kali ganda pada akhir tahun 2023.

Bagi pembeli dan peminat Proton, bidang perniagaan yang paling ketara ialah bahagian Gaya Hidup dan R3 Motorsports.

Yang pertama untuk menguruskan perniagaan Proton Café dan barangan Proton, manakala yang kedua menumpukan pada membangunkan varian prestasi dan menjalankan aktiviti perlumbaan Proton.

Proton Café yang dilancarkan pada tahun 2021 menawarkan kopi premium dan makanan kepada pelanggan dalam suasana yang santai.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Setakat ini, 16 cawangan beroperasi di pengedar Proton dengan rancangan untuk mengembangkan jejak perniagaan kepada 25 cawangan menjelang tahun 2025.

Bagi barangan cenderahati, barangan berjenama Proton sudah lama dijual, tetapi PGS telah mula mengkomersilkannya.

Bagi memenuhi permintaan untuk barangan berjenama Proton dan R3, kini terdapat 20 rakan kongsi barangan Proton di seluruh negara serta kedai maya di protonmerchandise.com untuk jualan secara dalam talian.

Bahagian perniagaannya yang paling dikenali, R3 Motorsports meraikan ulang tahunnya yang ke-20 pada tahun 2023 dengan pelancaran Proton X50 R3 edisi Ulang Tahun Ke-20.

Tahun ini mereka memberi tumpuan untuk membangunkan kereta lumba Proton S70 R3 dengan matlamat untuk menyertai perlumbaan S1K, dan meningkatkan jualan minyak pelincir R3 berprestasi tinggi.

Menurut Lee Yeet Chuan, pihaknya mempunyai peluang untuk membina hubungan yang lebih erat dengan pemilik Proton sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang premium kepada mereka.

Selain meneroka peluang jualan komersil, PGS juga menjalankan projek dalam ekosistem Proton. Ini membolehkan syarikat induk menerima hasil tambahan kerana keuntungan dikongsi dengan Proton Edar.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sebagai contoh, termasuklah menukar lampu di kilang tuang Proton kepada unit penjimatan tenaga yang lebih cekap dan membekalkan perabot serta mentauliahkan ruang pejabat baharu untuk pemindahan jabatan ke Proton Tanjong Malim.

Bahagian Tenaga Baharu pula memberi tumpuan kepada pengenalan tenaga yang boleh diperbaharui untuk membantu penarafan ESG syarikat sambil menjual penyelesaian bagi penjimatan kegunaan tenaga.

Inisiatif yang dijalankan termasuk penjualan dan pemasangan sel PV solar kepada pengedar dan vendor Proton serta bekerjasama dengan rakan kongsi untuk membina bukti konsep untuk pengecasan EV mudah alih.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, syarikat kini mampu mengawal kos operasi dengan lebih baik manakala operasi jualan komersil PGS membolehkan mereka memanfaatkan kekuatan rangkaian pengedar dan imej jenama.

Tambah beliau, untuk masa hadapan, perancangan telah dilakukan untuk mengembangkan penggunaan tenaga bersih yang boleh diperbaharui untuk Proton dan vendornya.

Kerja kini sedang dijalankan antara PGS dan rakan kejuruteraannya untuk membangunkan penyelesaian penyimpanan tenaga dan pengecasan yang penting untuk model Proton masa hadapan.

Pihaknya juga membayangkan PGS untuk terus membuat sumbangan yang konsisten kepada keuntungan Proton pada masa hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply