ARKIB

KATEGORI

Buletin

BYD Seal terima lebih 1,300 tempahan dalam masa empat hari, kempen tempahan awal dilanjutkan sehingga 3 Mac

Berita Tempatan

Views

Model sedan sport elektrik yang telah dilancarkan baru-baru ini, BYD Seal telah menerima lebih 1,300 tempahan hanya dalam masa empat hari.

Disebabkan permintaan yang begitu menggalakkan, Sime Darby Motors (SDM) dan BYD Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan lanjutan kempen tempahan awalnya sehingga 3 Mac 2024.

Pelanggan yang membuat tempahan BYD Seal di laman sesawang rasmi atau bilik pameran di seluruh negara sebelum 3 Mac akan menerima unit pengecas rumah percuma dan kredit pengecasan Gentari atau ChargEV percuma bernilai RM800. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Pengarah Urusan, Asia Tenggara, SDM, Jeffrey Gan berkata, pencapaian ini juga menandakan satu lagi kejayaan dalam evolusi teguh pasaran EV negara. Tambah beliau, model ini turut menerima maklum balas positif daripada para peminat kereta.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari China ini ditawarkan dengan dua pilihan varian. Berikut adalah senarai varian dan harga BYD Seal di Malaysia:

  • Premium Range RWD – RM179,800
  • Performance Range AWD – RM199,800

Untuk pilihan warna, secara keseluruhan empat warna ditawarkan. Berikut adalah pilihan warna mengikut varian:

  • Premium Range RWD – Cosmos BlackAurora White dan Atlantis Grey
  • Performance Range AWD – Cosmos BlackAurora WhiteAtlantis Grey dan Arctic Blue.

Dibina berasaskan pelantar e-Platform 3.0, BYD Seal mempunyai ukuran dimensi 4,800mm panjang, 1,875mm lebar dan 1,460mm tinggi, manakala jarak antara rodanya pula adalah 2,920mm.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ia juga merupakan model pertama yang dilengkapi teknologi Sel-ke-Badan (CTB), yang mengitegrasikan bateri Blade litium ion fosfat (LFP) terus pada kerangka struktur kenderaan. Ini berbeza dengan struktur Sel-ke-Pek (CTP) seperti yang ada pada model BYD lain.

BYD Seal menampilkan gaya reka bentuk ‘Estetika Samudera’ (Ocean Aesthetic) dengan gaya rekaan badan coupe yang mendapat sentuhan mantan bekas pereka Audi, Wolfgang Egger.

Rekaan dalamannya juga agak ringkas dan unik, dengan paparan unit inforia boleh pusing bersaiz 15.6-inci, serta tombol gear kemasan kristal.

Salah seorang pelanggan yang telah memandu uji dan membuat tempahan, En. Calvin Poh berkata, reka bentuk BYD Seal sangat mengujakan, berbanding sedan elektrik dengan julat harga yang sama.

Tambahnya, kualiti binaan dan ruang dalamannya sangat mengagumkan dan premium. Dia membuat keputusan untuk membeli EV ini setelah memandu ujinya dan merasakan ia sangat senyap dan diperhalusi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply