ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua lagi foto Proton X70 Special Edition (SE) tular di media sosial!

Foto Intip

Views

Dua lagi foto bocor terbaharu Proton X70 Special Edition (SE) telah dimuatnaik ke laman Facebook rakan kami, The Ajerul hari ini. Salah satu foto tersebut telah dikongsikan menerusi ruangan komen oleh pemilik akaun Facebook bernama, Raaf Man.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Setakat ini belum ada perkembangan mutakhir mengenai bilakah pelancaran model tersebut dan besar kemungkinan ia akan mengalami sedikit kelewatan berikutan sekatan pergerakan penuh, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sehingga 14 Jun ini.

Dalam artikel terdahulu, kami telah kongsikan beberapa info menarik mengenai model Edisi Khas ini, antaranya:

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

  • Ditawarkan dalam dua pilihan warna eksklusif, iaitu Ocean Blue dan Ruby Red.
  • Bumbung dan cermin sisi berwarna hitam.
  • Rim aloi bersaiz 19-inci (sama seperti rekaan rim yang digunakan pada Geely Bo Yue PRO / Azkarra.
  • Lencana SE di bahagian belakang.
  • Kemasan dalaman eksklusif dengan balutan tempat duduk kulit Nappa berwarna hitam.
  • Alas kaki istimewa dengan logo SE.
  • Sistem Penapis Udara Pintar Proton (P-IAPS)

Selain itu, X70 SE turut ditawarkan dengan aksesori pilihan seperti visor pintu dan juga alat perakam video digital (DVR/dashcam). Nantikan info terbaharu mengenai X70 SE dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply