ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X70 jadi model pertama mengintegrasikan pembayaran pintar Pay & Go

Berita Tempatan

Views

ACO Tech mengumumkan integrasi bersama aplikasi pembayaran pintar tempatan dari Sarawak, Pay & Go ke dalam perisian ATLAS infotainment head unit (IHU).

Kerjasama yang pertama seumpamanya di Malaysia ini dimeterai menerusi Perjanjian Integrasi Produk (PIA), bersempena Kongres Teknologi Dan Inovasi Dunia (WCIT 2023) yang berlangsung di Kuching, Sarawak, semalam.

Aplikasi parkir pintar Pay & Go membolehkan pengguna membayar caj tempat letak kereta secara terus dari dalam kenderaan menerusi paparan skrin, tanpa menggunakan telefon bimbit atau tiket parkir fizikal.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Solusi yang mudah ini akan diintegrasikan ke dalam model-model terpilih Proton yang dilengkapi dengan sistem pengoperasian automotif pertama Malaysia, ATLAS OS.

Proton X70 dengan IHU ATLAS menjadi model pertama yang menggunakan integrasi inovatif ini bermula 4 Oktober 2023 dan ia akan diintegrasikan dalam model-model lain bermula dengan siri X, menerusi kemas kini over-the-air (OTA).

Pay & Go memanfaatkan teknologi pengecaman nombor plat tanpa penggunaan mesin auto pembayaran (autopay).

Sebaik sahaja pengguna menyimpan nombor plat mereka dalam akaun Pay & Go, mereka boleh menggunakan kredit yang boleh dibeli dalam aplikasi untuk membuat pembayaran terus dari IHU sebelum menghampiri pintu keluar.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Pembayaran menggunakan QR menerusi aplikasi pembayaran tempatan, S Pay Global, juga diterima. Selain itu, perisian akan dikemaskini bagi membolehkan pengguna membuat pembayaran terus dari akaun e-dompet ATLAS Pay.

Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech, Li Pu berkata, integrasi Pay & Go ke dalam ATLAS menggariskan komitmen mereka untuk menyediakan solusi berteknologi tinggi kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pay & Go, Eddie Wee pula berkata, pihaknya mempunyai rancangan untuk melancarkan beberapa lagi ciri antaranya, eReservation untuk makanan dan minuman, dan Tempahan Tempat Letak Kenderaan pada masa yang akan datang.

Perkhidmatan Pay & Go tersedia di 28 lokasi terutamanya di Kuching dan akan memperluaskan lagi penawaran dilebih banyak kawasan termasuk Lembah Klang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply