ARKIB

KATEGORI

Buletin

Trak MAN Euro V jadi pilihan syarikat pengangkutan di Johor

Berita Tempatan

Views

MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) baru-baru ini telah menyerahkan MAN TGS 6×2 yang baharu kepada dua pelanggan kali pertamanya di Johor, iaitu Pacific Oils & Fats Industries Sdn Bhd dari Kulai dan Syarikat Wijaya (Masai) Sdn Bhd dari Pasir Gudang, di cawangan MAN Johor Bahru.

Pacific Oils & Fats Industries, kilang yang memproses anggaran 3,000 tan metrik minyak sawit sehari di bawah jenama Avena, akan menggunakan lima buah trak MAN TGS untuk mengangkut minyak sawit dari kilang penapis di Kulai ke depoh simpanannya di Pasir Gudang.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Pengurus Kanan FMCG dan Perancangan syarikat, Syed Muhammad Zohaib, berkata bahawa keputusan untuk menambah lima buah Trak MAN baharu kepada kumpulan kenderaan sebanyak 19 buah trak didorong oleh spesifikasi MAN yang unggul.

Syarikat Wijaya (Masai) merupakan syarikat logistik minyak sawit yang mengendalikan armada kenderaan sebanyak 45 buah lori tangki minyak sawit.

Sokongan selepas jualan yang cemerlang daripada MAN Johor Bahru untuk armada Trak MAN terpakai sebelum ini meyakinkan syarikat untuk melabur dalam dua buah MAN TGS baharu.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Pengurus Operasi syarikat, Thavarajan Vijya Kumar berkata, pihaknya memutuskan untuk membeli MAN TGS baharu kerana para pemandu menyukai saiz kabin yang luas selain daripada kuasa, pengendalian dan keselamatannya.

Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks menyampaikan penghargaan kepada kedua-dua buah syarikat kerana memilih MAN TGS dengan enjin Euro V pelepasan rendah sebagai standard yang terbukti mampu membantu perniagaan mencapai matlamat kemampanan dan keuntungan mereka.

Trak Generasi Baharu MAN dengan enjin Euro V sebagai enjin standard menerajui pencapaian keselesaan memandu, kecekapan penggunaan bahan api, sistem bantuan, rangkaian digital dan yang paling penting, kemampanan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply