ARKIB

KATEGORI

Buletin

Prototaip Saga generasi ketiga ditemui lagi!

Views

Foto terbaharu model gantian Saga generasi ketiga (Saga R) telah ditemui lagi, kali ini oleh rakan kita Muttakin Mafauzy. Menurut Muttakin, Saga R tersebut telah berjaya dikesan di Lebuhraya Elite menuju ke Kuala Lumpur. Lokasi ini sering menjadi laluan kepada prototaip ujian model terbaharu Proton kerana kita kerap menerima foto risikan di lokasi tersebut.

Tambahnya lagi, kelompok meter (meter cluster) model ini seakan sama dengan model Saga FLX. Stereng juga masih menggunakan rekaan yang sama dengan model Exora, Preve dan Suprima S. Ada kemungkinan untuk unit prototaip ujian, bahagian yang digunakan dikitar semula dari model sedia ada sebelum bahagian yang sebenar dipasang semasa ujian diperingkat akhir sehingga hari pelancarannya.

Model Saga generasi ketiga (Saga R) ini bakal diperkenalkan sebelum akhir tahun ini. Ia merupakan model rekaan baharu sepenuhnya yang dibangunkan dari platform Saga FLX yang dipertingkatkan dan dikatakan saiznya lebih besar berbanding model sedia ada.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

spyshots saga r 1 spyshots saga r 2 spyshots saga r 3 spyshots saga r 4

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply