ARKIB

KATEGORI

Buletin

Public Bank dan Stellantis Malaysia jalin kerjasama untuk pacu peralihan ke arah mobiliti lestari

Berita Tempatan

Views

Public Bank dan Stellantis Malaysia telah menjalinkan kerjasama menerusi acara ‘Paint the Town Green with EV Financing‘ untuk mempercepatkan peralihan kepada mobiliti lestari di Malaysia.

Kerjasama strategik ini menampilkan kempen eksklusif Public Bank bertajuk ‘Paint the Town Green’, yang menawarkan pembiayaan menarik untuk memacu pemilikan kenderaan elektrik (EV) dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kempen ini hadir seiring dengan peningkatan ketara dalam penggunaan EV di negara ini. Pada tahun 2024, Public Bank mencatatkan 29.1 peratus pegangan pasaran bagi pembiayaan kenderaan EV, meningkat kepada 33.5 peratus pada Februari 2025.

Sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap pembiayaan lestari, Public Bank menyasarkan sebanyak RM100 bilion menjelang 2030 untuk menyokong inisiatif hijau, termasuk peralihan kepada mobiliti elektrik.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Melalui kerjasama ini, pelanggan berpeluang menikmati faedah istimewa, termasuk Kadar Faedah Keutamaan serendah 0.38 peratus setahun bagi pembiayaan model EV baharu Leapmotor C10.

Model dengan reka bentuk bergaya ini dilengkapi bateri litium besi fosfat 69.9kWj dan motor elektrik 214 kuasa kuda, yang mampu mencapai jarak pemanduan 424 km (WLTP).

Ruang dalaman yang luas diperkemaskan dengan bumbung kaca panoramik 2.1m², manakala ciri keselamatan seperti penarafan 5-bintang Euro NCAP dan sistem Leap Pilot ADAS Tahap 2 menjamin pemanduan yang selamat dan yakin.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Datuk Sri Dr. Tay Ah Lek, berkata, pihaknya komited memacu peralihan hijau Malaysia dengan menjadikan pemilikan EV lebih mudah dicapai.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Melalui kempen ini dan kerjasama bersama Stellantis Malaysia, pihaknya ingin memperkasa pelanggan dengan pilihan pembiayaan yang kompetitif sambil menyokong agenda pembangunan lestari negara.

Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo pula menambah, pihaknya berbesar hati bekerjasama dengan Public Bank dalam inisiatif strategik ini untuk memperluas penggunaan EV di Malaysia.

Dengan ciri pintar dan teknologi canggih, Leapmotor C10 kini menjadi pilihan yang lebih menarik dan mudah diakses untuk rakyat Malaysia.

Acara ‘Paint the Town Green with EV Financing’ mencerminkan visi bersama antara Public Bank dan Stellantis Malaysia untuk masa depan automotif yang lebih bersih dan lestari.

Inisiatif ini dijangka mempercepatkan peralihan negara kepada penyelesaian pengangkutan mesra alam, sejajar dengan arus elektrifikasi global.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply