ARKIB

KATEGORI

Buletin

Raikan Tahun Baharu Cina bersama Petronas – #Celebratelikeneverbefore

Berita Tempatan

Views

Petronas Dagangan Berhad (PDB) meraikan ketibaan Tahun Baharu Cina dengan menawarkan pelbagai ganjaran seperti promosi dan baucar diskaun untuk barangan cenderahati Petronas, barangan di Kedai Mesra, Setel, Tealive, Dunkin’, Shopee dan Touch ‘n’ Go bermula 23 Januari 2020 menerusi #Celebratelikeneverbefore.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani, tahun ini mereka mahu pelanggan menikmati lebih banyak ganjaran bersama dengan rakan niaga. Guna aplikasi Setel untuk mengelakkan diri dari beratur panjang dan dapatkan rebat tunai RM5 untuk pengguna baharu. Daftar dengan Setel dan dapatkan tambah nilai RM30 dalam e-dompet.

Anda juga boleh merujuk kawan, yang turut menikmati rebat tunai RM5 apabila mereka mengisi minyak dengan nilai minimum RM30. Pastikan anda tebus ganjaran di kaunter Kedai Mesra bergantung kepada jumlah pembelian minyak setelah selesai pengisian.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Pelanggan akan menerima paket ang pow yang eksklusif dan diskaun RM2 untuk mana-mana minuman Tealive di stesen Petronas terpilih dengan hanya mengisi minyak minimum RM30. Selain itu, mereka turut layak untuk mendapatkan diskaun RM6 untuk barangan cenderahati Juara Pengeluar Dunia Formula Satu enam kali.

Bagi yang mengisi  minyak RM50 dan ke atas, mereka akan diberi kopi percuma dari Dunkin’ selain ganjaran yang ditawarkan tadi. Semua pelanggan akan menerima promo kod khas dari laman e-dagang, Shopee. Kedai Mesra pula menawarkan promosi Prosperity Deals untuk barangan terpilih dari 26 jenama yang mengambil bahagian pada harga istimewa.

Anda boleh membeli tumbler edisi khas Star Wars dengan harga RM49.90 apabila berbelanja minima RM10 atau beli minyak pelincir Petronas Syntium (4L) untuk mendapatkan botol thermos Syntium dan beg galas secara percuma. Jika anda tambah nilai kad Touch N Go antara 23 dan 29 Januari, caj RM0.50 untuk bayaran tambah nilai akan dikecualikan di mana-mana stesen Petronas di seluruh negara.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Acara tahunan kempen Petronas Coffee Break kali ini menawarkan kopi Nescafé dan snek percuma untuk pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan di 160 stesen Petronas yang mengambil bahagian. Antara rakan niaga yang turut serta dalam kempen tahun ini ialah Nestlé Products Sdn Bhd, Julie’s Marketing Sdn Bhd, Delfi Marketing Sdn Bhd, dan Adabi Consumer Industries Sdn Bhd.

PDB juga menawarkan pemeriksaan motosikal dengan kerjasama Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd dan saringan kesihatan dari St. John Ambulance Malaysia (SJAM) di stesen yang terpilih. Rakan kempen, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) pula akan mengadakan program advokasi dengan memberi tip untuk kekal selamat di jalan raya.

50 unit ambulan SJAM yang ditempatkan sepanjang lebuh raya untuk memberikan bantuan kecemasan juga akan menerima tajaan bahan api dari PDB. Kempen Mesra Bonanza yang masih lagi berlangsung sehingga 31 Januari dan untuk mengambil bahagian, pelanggan hanya perlu berbelanja minima RM30 pembelian minyak atau barangan di Kedai Mesra untuk memenangi hadiah bulanan.

1,000 pemenang akan diberikan 20,000 mata Mesra yang bersamaan RM200. Bagi mendapatkan hadiah tunai yang diberikan setiap dua bulan sekali, pelanggan hanya perlu berbelanja sebanyak RM500 secara terkumpul sepanjang tempoh dua bulan. Hadiah berupa wang tunai RM100, 000 untuk setiap seorang pemenang utama manakala 14 pemenang lagi akan diberikan wang tunai RM3, 000 seorang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply