Sebut sahaja nama oleh Idiyaz Baharuddin, pasti pembaca setia laman web ini teringat gambaran 3 dimensi rekaan Perodua Kembara yang tular di media sosial sehingga menjadi bahan berita dalam Buletin Utama kan? Kali ini beliau kembali dengan gambaran 3 dimensi terbaharunya, Proton V70 atau model pengganti Exora yang dibangunkan dari pelantar Geely Jia Ji.
Wow! Ini adalah ungkapan pertama yang terpacul dari mulut penulis sebaik sahaja melihat karya baharu tersebut. Ia seakan model yang direka oleh Proton|Design kerana hasil karya yang dibuat sememangnya bertaraf profesional. Tidak hairanlah kerana beliau kini bertugas bersama dengan pasukan DreamEdge.
JOM BACA >> INTIP : Mitsubishi Xpander mulakan ujian pemasangan di Pekan
Apa yang penulis ingin ulas mengenai rekaan Proton V70 ini?
Secara keseluruhan reka bentuk asas dari Geely Jia Ji masih lagi kelihatan, namun beberapa rombakan telah dibuat terutama sekali di bahagian depan. Wajah Proton V70 versi Idiyaz nampak lebih garang berbanding Geely Jia Ji dengan lampu depan yang nipis dan tajam.
DNA rekaan baharu Proton seperti busur (Ethereal Bow) dan corak Inifinite Weave digarap dengan begitu baik pada bahagian jeriji. Kemasan krom pada bentuk busur yang bersambung dengan lampu depan membuatkan model MPV ini nampak lebih lebar. Inifinite Weave pula disusun dengan begitu kemas pada jeriji dan di bahagian bawah bampar.
JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
Sekilas pandang reka bentuk depan Proton V70 ini menampakkan visual seperti seekor harimau yang sedang mengaum. Dari pandangan sisi, model 3 dimensi ini mengalami beberapa perubahan pada lekuk badan yang menampakkannya lebih sasa. Bentuk tingkap asal model Jia Ji masih lagi kekal kerana ia menjadikan MPV ini nampak lebih panjang.
Ke bahagian belakang, Idiyaz masih mengekalkan identiti asal model Jia Ji dan hanya mengubah reka bentuk lampu serta bampar sahaja. Lampu belakang Proton V70 ini yang direka bentuk semula supaya kelihatan lebih moden dan canggih. Bampar belakang model 3 dimensi ini pula kelihatan lebih ringkas tetapi jalur krom yang berada di bahagian bawah berjaya menaikkan imej premium model tersebut.
Tidak dilupa, reka bentuk rim seperti ‘Bunga Raya’ dengan kemasan dwitona melengkapi penampilan keseluruhan gambaran 3 dimensi Proton V70 ini. Jujurnya kami memang sangat suka dengan rekaan tersebut, dan kami pasti anda juga bersetuju dengan pendapat kami kan?
KLIK UNTUK BESARKAN
Proton V70
Geely Jia Ji
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
KOMEN TERKINI