ARKIB

KATEGORI

Tular

Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku

Tular

Views

Macam-macam hal! Dah la lewat datang kerja, kantoi pulak menipu hantar gambar edit tayar pancit kena paku. Ciapan dari akaun Twitter Sydneyy Whitson ini telah membongkar penipuan yang dilakukan oleh rakan setugasnya yang dikatakan lewat sekali lagi ke tempat kerja.

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

Jika anda perhatikan dengan teliti tanpa perlu zoom pun, foto itu sudah jelas kelihatan seperti telah disunting seolah-olah paku tersebut ditampal di atas foto tayar. Mengikut pemerhatian penulis yang merupakan seorang pereka grafik, foto ini sebenarnya hasil karya 3 dimensi yang mungkin diambil dari Google.

Cuba anda lihat pada imej batu-batu di belakang tayar tersebut, nampak sangat imej 3 dimensi kan! Apa yang menarik, ciapan ini telah disukai oleh lebih 246K warga Twitter dan turut diulang kicau (retweet) sebanyak 45,390 kali setakat ini.



JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Pelbagai reaksi diterima, ada memperli rakan sekerja Sydneyy Whitson itu supaya lebih bijak mencari foto yang lebih ‘real‘ dari Google dan ada juga yang mengecamnya kerana ia tindakan yang kurang bijak dan tidak berintegriti.

Apa salahnya mengaku je datang lewat dan minta maaf dengan bos, habis kuat kena marah je. Ini tidak, cuba menipu, nasib tak baik mungkin kena tindakan dan mungkin kena buang kerja. Semoga ia menjadi pengajaran, jangan ada yang nak cuba pula!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply