ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Rakyat perlu faham, marshal dan ketua konvoi adalah dua perkara berbeza’ – Penaung Daz Bikers

Berita Tempatan

Views

Marshal dan ketua konvoi bermotosikal adalah dua perkara berbeza yang perlu difahami oleh rakyat khususnya pengguna jalan raya di negara ini.

UTUSAN ONLINE melaporkan, marshal hanya akan berfungsi sepenuhnya apabila diiringi oleh polis dan berperanan sebagai pembantu anggota keselamatan yang mengiringi untuk melancarkan laluan trafik semasa aktiviti berkonvoi.

Bagi ketua konvoi pula, ia tidak perlu melibatkan anggota polis dan peranan utamanya bagi memastikan keselamatan konvoi yang dibawa.

Penaung Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi, Daz Bikers, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, isu ketua konvoi mengarahkan pengguna jalan raya lain berhenti adalah terpencil dan jika berlaku pun ia melibatkan situasi tertentu contohnya, konvoi hendak keluar simpang.

Katanya, situasi sedemikian bukan sahaja melibatkan motosikal berkuasa tinggi malah lori di kawasan pembinaan pun jika hendak keluar simpang ada individu menahan kenderaan lain berhenti.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

“Jadi kenapa lori hendak keluar simpang boleh orang tahan bagi lori itu mengundur dulu, kenapa isu tidak timbul? tapi apabila motosikal berkuasa tinggi jadi masalah dan tular. Sebenarnya, apa kita buat untuk kebaikan bersama seluruh pengguna jalan raya, kita hendak elak kemalangan.

“Oleh sebab itu, kita jangan letak kesalahan itu pada tugasan marshal, sebab marshal memang tidak boleh tahan kenderaan, itu kita faham, tapi semasa kejadian kita bukan jalankan tugas marshal, sebagai penunggang motosikal kita mahukan keselamatan diri dan pengguna jalan raya, jangan anggap bila buat begitu marshal.

“Ini kerana pergerakan kita (motosikal berkuasa tinggi) beberapa saat sahaja boleh sampai ke destinasi. Kadang-kadang orang keluar simpang ingat masih jauh dan sempat, ini boleh membahayakan kita semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai Mega Ride 2021 membabitkan 180 buah motosikal berkuasa tinggi dari Kuala Lumpur ke Cherating menyampaikan sumbangan di sebuah pusat tahfiz di Beserah, Kuantan.

Baru-baru ini, polis mengesan kumpulan konvoi motosikal tinggi yang membuat lagak aksi marshal di jalan awam di Negeri Sembilan.mar

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Rakaman itu menunjukkan aksi marshal memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahan kenderaan dan bergerak ke kiri lorong jalan bagi membenarkan sekumpulan motosikal berkuasa tinggi melalui laluan itu.

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan mana-mana pihak yang ingin melakukan konvoi mendapatkan kelulusan pihak berkuasa bagi memastikan sebarang tindakan dilakukan sejajar undang-undang jalan raya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim dilaporkan sebagai berkata, mana-mana pihak tidak mempunyai kuasa untuk memberhentikan kenderaan selain anggota trafik.

Mengulas lanjut, Zuhairi berkata, cukup-cukuplah mencipta isu, kita seharusnya bersama-sama menjaga keharmonian supaya tiada pembuli jalan raya dan mengelakkan situasi yang boleh menjejaskan pengguna jalan raya.

“Bak kata pepatah, kita dua roda dihimpit pun kita jatuh, menghimpit pun kita jatuh. Katanya lagi, “tiada niat hendak berlagak daripada setiap tindakan dilakukan, sebaliknya hanya mahu pastikan semua pengguna jalan raya selamat”.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply