ARKIB

KATEGORI

Tular

Dah la guna tandas OKU, persenda pula mereka…

Tular

Views

Selepas video lelaki berpura-pura berlakon menjadi orang cacat untuk mendapatkan parkir di petak khas golongan orang kurang upaya (OKU), kini giliran beberapa orang wanita pula mempersendakan golongan tersebut.

K! ONLINE melaporkan, kelakuan wanita-wanita itu yang dirakam melalui video berdurasi sembilan saat turut tular di media sosial.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Melalui video tersebut, dua orang wanita berpakaian seperti penunggang basikal berlakon sebagai orang cacat untuk menggunakan tandas OKU di sebuah stesen minyak.

Turut kedengaran suara perakam dan wanita terbabit bergelak ketawa dengan kelakuan tersebut. Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata warganet mengecam tindakan wanita terbabit dan menyifatkan kelakuan itu memalukan.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Kata Abdul Tony, mereka lupa bahawa bila-bila masa sahaja mereka boleh tergolong dalam golongan OKU, sama ada kerana penyakit atau kemalangan. Tambahnya, jika terkena kepada diri sendiri atau ahli keluarga sendiri baru mereka tahu.

Azazil pula berkata, kalau tiba-tiba terlibat kemalangan semasa ‘berbasikal’ dan mengalami kecederaan kekal, ‘benda yang dibahan’ jadi kenyataan. Jika ia terjadi, dia ingin melihat sama ada mereka ini masih mampu bergelak ketawa atau pun tidak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply