ARKIB

KATEGORI

Buletin

Range Rover Velar bakal muncul di Geneva

Views

Ahli keempat dalam keluarga Range Rover, Velar bakal membuat kemunculan pertama global di Geneva Motor Show awal bulan depan. Nama Velar diambil sempena nama prototaip pertama Range Rover pada 1960an, akan berada di antara Range Rover Evoque dan Range Rover Sport. Velar dijangka bakal berentap dengan Porsche Macan selain BMW X4 dan X6.

Imej usikan pertama telah mula berlegar di laman maya memperlihatkan rekabentuk belakang model tersebut dari pandangan atas yang menampakkan bumbung kaca panorama menguasai hampir tiga suku bahagian bumbungnya. Menurut Ketua Pegawai Rekabentuk Land Rover, Gerry McGovern, Velar adalah Range Rover yang luar daripada kebiasaannya kerana ia memberi dimensi baharu kepada glamor, kemodenan dan keanggunan kepada jenama tersebut sekaligus mengubah segalanya.

Velar dikatakan berkongsi pelantar aluminum-intensif IQ bersama Jaguar F-Pace yang telah dibangunkan dengan penekanan yang lebih kepada prestasi dan bukannya keupayaan off-road. Ia juga bakal dikuasakan oleh pilihan enjin empat-silinder dan V6 yang turut digunakan oleh Range Rover Evoque dan Range Rover Sport serta kemungkinan mendapat penjana kuasa plug-in hibrid. Land Rover berkata butiran lengkap mengenainya hanya diketahui pada 1 Mac nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

RR-Velar-1 RR-Velar-2 RR-Velar-3

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply