ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rasai pengalaman sesi ‘joy ride’ bersama Karamjit Singh dan James Veerapen di Malaysia Autoshow 2018

Views

Proton membawakan pengalaman luar biasa kepada para pengunjung yang ingin merasai pemanduan hebat menerusi sesi joy ride dari Karamjit Singh dan James Veerapen di Malaysia Autoshow 2018. Karamjit merupakan juara sebanyak tiga kali bagi Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) dan mendapat gelaran juara dalam Kejohanan Rali Dunia bagi Production Car 2002 (PWRC), manakala James memenangi pelbagai perlumbaan termasuk perlumbaan 1000km Sepang 2017.

Kehadiran pemandu-pemandu dan aktiviti joy ride merupakan sebahagian daripada pengalaman yang ditawarkan selain menempah kereta atau membeli barangan cenderahati dan alat ganti di tapak pameran. Pengunjung yang membuat tempahan bagi kereta baharu akan berpeluang memenangi baucar hadiah khas yang boleh digunakan untuk sebarang pembelian Proton baharu mereka.

Proton Commerce turut menawarkan promosi istimewa kepada 100 pelanggan pertama yang akan diberi ganjaran RM300 baucar beli-belah AEON apabila pinjaman mereka telah diluluskan. Ini adalah tawaran tambahan selain daripada promosi terkini iaitu kit badan percuma dan pinjaman tanpa faedah* yang boleh didapati di semua cawangan Proton.

Antara daya tarikan utama di ruang pameran Proton adalah kemunculan pertama di Malaysia ialah kereta rali Proton Iriz yang telah dibangunkan untuk bersaing di daerah serantau dan Kejohanan Rali Dunia 2 (WRC2). Model hatchback kompak, Iriz yang dibina oleh Proton R3 akan turut dipamerkan.

Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa berkata, menerusi acara Malaysia Autoshow, Proton telah merancang untuk mempamerkan jenama dan produknya kerana syarikat akan beralih ke masa hadapan bersama rakan kongsi iaitu Geely.  Sesi joy ride yang disediakan juga diharap memberikan pengalaman mendalam kepada semua pengunjung sesuai dengan tema keseluruhan iaitu 360° Mobility Experience. Malaysia Autoshow 2018 akan berlangsung dari 26-29 April 2018 di Taman Pameran Agro Malaysia Serdang.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply