ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rekaan baharu Proton Perdana Executive tampil dalam bentuk imej 3D

Views

Jika anda masih ingat, Proton sememangnya ada perancangan untuk mengeluarkan satu lagi versi Perdana yang dipertingkatkan dan mendapat rekaan kabin serba baharu namun ia tidak akan menjadi kenyataan setelah Geely dipilih sebagai Rakan Strategik Asing. Tapi itu adalah kisah yang tidak perlu kita kenang memandangkan model Perdana bukanlah model teras yang boleh menjana jualan yang banyak sekiranya Proton mahu kembali untung.

Kami sebenarnya ingin berkongsi foto acah hasil karya terbaharu dari pereka tersohor, Saharudin Busri atau Wak yang baharu sahaja menyiapkan satu projek rekaan terbaharunya, Perdana Executive. Menurut beliau, asas rekabentuk model ini masih mengekalkan badan model semasa Perdana, namun perubahan besar telah dilakukan pada bahagian hadapan dan belakang supaya ia lebih segar dan kontemporari.

Bahagian tengah model Perdana Executive ini juga telah dipanjangkan sebanyak 20mm untuk keselesaan penumpang sekaligus menjadikan rekaan luarannya lebih mewah. Rekaan sebegini mengingatkan kami kepada model edisi khas, Perdana V6 Executive dan Waja Chancellor yang pernah dihasilkan oleh Proton suatu ketika dahulu.

Rekaan penuh Perdana Executive ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat dan bagi anda yang mahu mengikuti perkembangan terkini dan hasil karya beliau yang lain, boleh mengikuti laman Instagram rasmi Saharudin Busri. Sebelum ini kami juga pernah berkongsi beberapa hasil karya beliau yang telah menjadi tular di laman maya dan antara hasil rekaan terkininya adalah Proton Savvy18.

BACA >> Foto acah Proton Savvy18 rekaan Saharudin Busri

KLIK UNTUK BESARKAN

F

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply