ARKIB

KATEGORI

Buletin

Remaja tunggang motosikal langgar SJR – Anggota RELA patah kaki kiri

Berita Tempatan

Views

Seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) patah kaki kiri selepas dirempuh motosikal ditunggang seorang remaja yang melanggar sekatan jalan raya (SJR) di Batu 16 Jalan Kuching-Serian, di Kuching, malam tadi.

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan, berkata dalam kejadian jam 8.15 malam itu mangsa berusia 21 tahun yang bertugas dalam SJR Op COVID-19 sedang melakukan pemeriksaan rutin.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, ketika sedang melakukan pemeriksaan, tiga motosikal ditunggang tiga remaja datang dengan satu daripadanya secara tiba-tiba memecut laju dan cuba merempuh sekatan sehingga melanggar mangsa.

Akibat rempuhan itu, anggota RELA terbabit terjatuh dan patah kaki kiri, manakala remaja lelaki berusia 15 tahun yang melanggar mangsa juga terjatuh.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Aidil berkata, remaja itu yang cedera di siku dan lutut kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut selepas diberikan rawatan.

Anggota RELA itu dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil. Suspek disiasat mengikut Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu secara melulu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sana Sini Sinun

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply