ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Risalah model Perodua D55L tertiris! Nama Ativa terbongkar!

Foto Intip

Views

Semakin panas pula petang ini selepas kami baharu sahaja menerima foto yang mula tular di media sosial yang dikatakan risalah model terbaharu Perodua, D55L. Memandangkan Perodua hanya mengeluarkan kenyataan media pagi mengenai tempahan model tersebut yang mula dibuka hari ini, kami berpendapat risalah yang tular ini besar kemungkinan adalah sahih.

Yang pastinya nama sebenar model D55L secara rasminya akan dikenali sebagai Ativa dan ia bakal ditawarkan dengan tiga varian iaitu X, H dan AV dengan harga tentatif atas jalan sebelum insurans antara RM62,500 dan RM73,400 di Semenanjung Malaysia.

Antara ciri utama D55L adalah Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) yang ditawarkan untuk semua varian. ASA terkini mampu beroperasi pada kelajuan yang lebih tinggi berbanding versi semasa, dan mampu mengesan kenderaan dua roda.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Turut terdapat pada semua varian adalah Amaran dan Pencegahan Keluar Lorong, manakala varian AV didatangkan dengan Kawalan Kekal Lorong, Pemantau Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang dan Kawalan Jelajah Adaptif.

Ini sekali gus menjadikan, D55L sebagai model Perodua pertama yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2. Ativa merupakan kenderaan Autonomi Tahap 2 yang paling mampu milik di Malaysia yang menawarkan ciri keselamatan dan kemudahan canggih kepada semua.

Berikut adalah info ringkas mengenai setiap varian:

Varian X

  • Enjin 1.0 liter Turbo yang digandingkan bersama transmisi boleh laras berterusan (D-CVT), menyumbang kepada kecekapan bahan api 18.9 km/l.
  • Lampu hadapan LED (boleh menyala dan padam secara automatik dengan ciri lampu tinggi automatik)
  • Rim aloi 16-inci
  • Tayar saiz 205/65/R16
  • Paparan meter jenis analog
  • Sistem infohiburan jenis standard dengan sambungan Bluetooth dan HDMi
  • Enam beg udara
  • Pilihan warna – Glittering Silver (S28), Granite Grey (S43) dan Cobalt Blue (B79)

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Varian H (Tambahan spesifikasi dari Varian X)

  • Lampu hadapan LED jenis adaptif (pancaran cahaya mengikut belokan stereng)
  • Rim aloi 17-inci
  • Tayar saiz 205/60/R17
  • Kelompok meter jenis digital dengan skrin bersaiz 7-inci
  • Paparan unit infohiburan bersaiz 9-inci dengan ciri arahan suara “Hey Google”
  • Butang kawalan pada stereng
  • Lampu kabus jenis LED
  • Lampu signal jenis LED dengan nyalaan berturutan
  • Pilihan warna – Glittering Silver (S28), Granite Grey (S43), Cobalt Blue (B79), Pearl Diamond White (W25) dan Pearl Delima Red (W75)

Varian AV (Tambahan spesifikasi dari Varian H)

  • Kemasan tempat duduk kulit kombinasi hitam dan merah
  • Pilihan warna – Glittering Silver (S28), Granite Grey (S43), Cobalt Blue (B79), Pearl Diamond White (W25), Pearl Delima Red (W75), Pearl Diamond White Dual Tone (XJ3) dan Pearl Delima Red Dual Tone (XJ2)

Ativa D55L turut ditawarkan dengan waranti selama lima tahun/150,000 km. Nantikan info terkini daripada kami dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply