ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Ativa (D55L) : Tempahan akan dibuka mulai 19 Februari, pelancaran dijangka 3 Mac

Info

Views

Jika anda membaca artikel kami malam tadi mengenai Perodua Ativa (D55L) yang dikatakan akan mula dibuka untuk tempahan hari ini, pastinya anda sedang ternanti-nanti pengumuman mahu pun kenyataan media rasmi dari syarikat tersebut kan?

Patutlah tiada apa-apa yang diumumkan sehingga setakat ini, rupa-rupanya ejen Mat Bond diberitahu tempahan model tersebut sebenarnya akan dibuka mulai Jumaat ini (19 Februari 2021). Tarikh jangkaan pelancarannya pula sama seperti yang kami katakan dalam artikel semalam, iaitu 3 Mac 2021.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Kami berpendapat, Perodua mungkin ‘memberi laluan’ terlebih dahulu kepada Proton untuk melancarkan empat model Edisi Khas yang akan dilangsungkan secara maya esok. Kemudian, barulah mereka ‘bakar line’ dengan membuka tempahan Ativa (D55L).

Yang pasti Ativa (D55L) akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian dengan pilihan warna seperti berikut:

  • Ativa 1.0 X Turbo CVT – Glittering Silver (S28), Granite Grey (S43) dan Cobalt Blue (B79)
  • Ativa 1.0 H Turbo CVT – Glittering Silver (S28), Granite Grey (S43), Cobalt Blue (B79), Pearl Diamond White (W25) dan Pearl Delima Red (W75)
  • Ativa 1.0 AV Turbo CVT – Glittering Silver (S28), Granite Grey (S43), Cobalt Blue (B79), Pearl Diamond White (W25), Pearl Delima Red (W75), Pearl Diamond White Dual Tone (XJ3) dan Pearl Delima Red Dual Tone (XJ2)

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Mat Bond juga berkata, yang unit pameran dan pandu uji hanya sudah siap sedia dan hanya menanti ‘lampu hijau’ untuk diagihkan ke bilik pameran Perodua seluruh negara. Kata Mat Bond, rekaan Ativa (D55L) dikatakan ‘lebih garang’ berbanding kembar Jepunnya, Daihatsu Rocky dan Toyota Raize, meskipun berkongsi hampir 90 peratus reka bentuk asas.

Salah satu perbezaan ketara adalah kehadiran elemen lasak SUV iaitu plat gelincir (skid plate) pada bampar depan dan juga belakang. Dikatakan hanya rekaan rim varian H dan AV sahaja yang akan mendapat kemasan dwitona bersaiz 17-inci.

Aksesori GearUp juga ditawarkan sebagai pilihan yang merangkumi pakej kit badan penuh termasuk spoiler dengan reka bentuk yang eksklusif. Apa pun, kita nantikan perkembangan terkini mengenai Ativa (D55L) dari semasa ke semasa. Teruskan bersama dengan kami!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply