ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo XC40 Recharge T5 R-Design dilancarkan

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia secara rasminya melancarkan Volvo XC40 Recharge T5 R-Design baharu di pasaran tempatan, semalam. Model ini juga dipasang secara pemasangan tempatan (CKD) dan kini Volvo menjadi satu-satunya jenama automotif di Malaysia yang memasang kereta hibrid plug-in (PHEV) mereka secara CKD.

Model ini dibangunkan dari pelantar Compact Modular Architecture (CMA) Volvo, dan buat pertama kalinya ia dilengkapi dengan enjin tiga silinder 1.5 liter turbo dengan rangkaian kuasa Drive-E. Unit penjana ini digandingkan dengan transmisi automatik dwicekam tujuh-kelajuan yang memacu roda hadapan.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Recharge T5 merupakan hasil gabungan kuasa sebanyak 262 kuasa kuda dan 425 Nm daya kilas, sementara 160 Nm daya kilas dan 82 kuasa kuda dijana dari motor elektrik untuk memberikan pecutan serta merta. Dengan menggunakan enjin petrol, XC40 Recharge T5 mencapai 100km/j hanya dalam masa 7.3 saat dan kelajuannya dihadkan pada 180km/j.

Model ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan bantuan kepada pemandu seperti sistem Pilot Assist, City Safety, Run-off Road protection and mitigation dan Cross Traffic alert dengan sokongan brek. XC40 Recharge T5 juga menawarkan lima mod pemanduan berbeza untuk pengalaman pemanduan yang lebih dinamik: Hibrid (tersedia), Tulen, Off-road, Berkuasa dan Individu.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Dari segi reka bentuk, ia hampir serupa dengan varian XC40 yang lain, menampilkan reka bentuk Skandinavia yang elegan yang menampilkan gaya reka bentuk yang berani dan ekspresif. SUV ini juga dilengkapi dengan soket pengecas di bahagian hadapan kiri selain tempat penyimpanan di kabin, termasuk cangkuk yang boleh ditarik untuk menggantung barang.

XC40 Recharge T5 dijual pada harga RM255,888, kini dikurangkan menjadi RM241,997.04 selepas pengecualian cukai jualan (atas jalan, tanpa insurans) dan kini dipamerkan di semua pengedar Volvo yang sah di seluruh negara sejak semalam.

Volvo XC40 juga boleh ditempah secara dalam talian melalui laman sesawang Volvo Car Malaysia. Lima warna menarik ditawarkan, iaitu Blackstone, Crystal White Pearl, Bursting Blue Metallic, Glacier Silver Metallic dan Coral Red Metallic.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply