Dalam banyak banyak foto risikan Saga 2016, mungkin ini merupakan yang pertama merakam sedikit bahagian atas papan pemukanya. Walaupun papan pemukanya ditutup, kita boleh juga nampak bentuk kasar strukturnya. Foto foto ini berjaya dirakam oleh Amir Farhan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.
Daripada pengamatan kami memang bentuk papan pemuka ini berbeza dengan model Saga semasa dan diharapkan rekaannya lebih menarik, kemas dan ringkas. Mungkin tidak lama lagi kita dapat melihat foto risikan bahagian dalaman Saga 2016 dengan lebih jelas.
KLIK UNTUK BESARKAN FOTO
klau interior buat mcm iriz pun dah ok dah
Tak nampak apa pun.. Masih di tutup dashboardnya.
Tak nampak jelas. Turn signal lever masih di sebelah kirikah bagi model ini? Tak syok lah lever sebelah kiri.
Rasanya jualan proton merudum start dari signal lever ditukar ke sebelah kiri. Start dari WAJA dulu sampai sekarang…..kih kih kih….teori saja…jangan marah!
Tak kan ubah punya yang nih. Dah berkurun lama dah orang merungut tapi cam biasa laa…Buat derkkk ja
Ni mesti da biasa duduk dlm kereta jepun smpai xde masa nak duduk dlm kereta conti. 🙂
Berapa kerat la orang pakai konti. Belajar la dari yang terlaris bukan yang jualan bleh kira ngan jari. Belajar macam mana kereta diorang boleh terjual dalam kuantiti yang banyak. Bukan asyik asyik nak buat kereta macam orang nak pi race. D segment pun nak buat cam ahbeng. Kereta nak pi race diorang tak kisah kalau ada bunyi sana bunyi sini. Yang penting menang.
Signal kiri ke kanan ke takde isu sangat bagi aku yang penting kualiti tip top
Hyundai, Kia pun signal lever sebelah kiri. VW, Peugeot, Citroen, BMW, Merc, Audi, Volvo pun sama.
Letak la kiri ke kanan ke,kalau tak tau nak gunekan tuil signal tu tak gune jugak.
suka statement bro
Jadik maksud saudara sama seperti seat belt. Oleh kerana orang jarang pakai seat belt lebih baik buang terus selt belt?
Bagi saya signal di sebelah kiri jauh lebih “senang tangan” drpd kanan. Ini testimoni sorg yg dh pakai Vios 8 tahun (masih pakai) dan skrg pakai Preve sebagai “daily car”. Saya rasa ini terpulang pada pengguna.
Bagi saya signal sebelah kiri lebih “senang tangan” drpd sebelah kanan. Saya memang rasa mcm tu walau dh pakai Vios lapan tahun – masih pakai – dan skrg pakai Preve sebagai daily car. Saya rasa ini terpulang pada setiap pemandu.
saya yang dah snapshot gmbr ni… dari pandangan sy yang sy dah tgk dalam kereta saga ni… sy jenguk2 sikit… dashboard dia nampak exclusive dan lebih mcm iriz nya papan pemuka…. and steering pun nmpk lain dari yg lain…
Ok la tu reka bentuk dalaman dari segi meter, dashboard & headunit Nampak mcm Chevrolet cruze.
Saya guna avanza yg signal lever kanan dan gen 2 signal lever seblh kiri.dua2 digunakan dgn kekerapan yg sama.saya dpt rasakan perbezaan yg ketara bila gunakan kedua2 sistem dan fungsi yg sama tp berbeza kedudukan.satu yg kiri dan satu yg kanan.bila saya guna avanza respon utk saya mggunakan signal lever agak lmbat bila nak msk simpang atau memotong tp bila guna gen2 respon utk mggunakan signal lever sgt pntas sama ada msk keluar simpang atau memotong.
Tu la pasal isu signal kiri ke kanan ke isu remeh temeh jer yang penting bende tu berfungsi 🙂
Gearbox type ape gearbox..?? CVT punch? Jatco mana jatco???
org malaysia pandai ke guna signal kiri kanan…bukan main masuk je ke???lg kecah kiri ke kanan puih =)
InsyaAllah perdana baru tarikh pelancaran rasmi pada 27May2016
Dah berapa lama dah… patutla nak bankrap.nak lancar kereta rebadge pun terkedek2..maaf cakap.. saya pun pakai inspira. Tapi proton mmg semua terkedek2..dah nak abis tahun baru nak lancar.. mmg govt agency je la yg akan beli.. open booking punyala lama..
betul ke perdana lancer sekali dgn persona?.. gambar persona pun dah leak kat paultan
Kat paultan dah ade leak persona baru dah.. sini lembab
Gambar persona baru telah diturunkan di Paultan.Nasib baik dah download Gambar persona baru
masih boleh trace lagi berita tu…
http://paultan.org/2016/05/15/spied-2016-proton-persona-iriz-sedan-undisguised/
Saga coupé dua pintu patut diperkenalkan untuk versi small/micro(A-segment) sport car.. Dijana oleh enjin 1.0L turbo Dan 1.2L turbo.. Dengan kuasa 120hp-130hp Dan 140nm-150nm sudah memadai.. Dengan tag harga dibawah myr50k.. Ia mungkin belum menandingi Honda s660, tapi pasti jauh lebih baik dari Daihatsu Coupen..
‘Proton Baby Putra’..
LOL.. Memang tak sesuai bunyinya..
‘Tahniahhhhh..protonnnn.. teruskan legasi pelik anda’… rupa npk pelik..baik dpn blakang.. entah apetah dak2 proton buat kete… kalau laku alhamdulillah.. kalau x laku..entahlah… wafat kot..kompeni ni..
iriz x laku mane..ni buat muke iriz lg si pesona baru tu.. Harga segmen B..tapi kereta cenonet kecil..
ITULAH SIKAP PROTON BUAT KERETA IKOT KEHENDAK PIHAK ATASAN..BKN KEHENDAK PASARAN..!!!