ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan model generasi baharu Honda Civic dibuka!

2016 Honda Civic Sedan Touring
Views
  • Model Honda yang pertama menggunakan enjin terbaharu 1.5L VTEC Turbocharged
  • Dilengkapi dengan empat ciri ciri termaju yang pertama dalam kelasnya
  • Tempahan kini dibuka, akan dilancarkan secara rasmi pada Suku Kedua, 2016

Honda Malaysia hari ini mengumumkan tempahan model sedan yang paling dinanti-nantikan, Civic generasi kesepuluh telah pun dibuka. Ia bakal dilancarkan secara rasmi pada Suku Kedua, 2016 yang kami jangka pada bulan hadapan.

Model ini merupakan model baharu sepenuhnya dari segi kejuruteraan dan rekabentuk serta menampilkan ciri ciri termaju yang pertama dalam segmennya. Sejak generasi pertamanya diperkenalkan pada 1972, ia telah mendapat sambutan yang cukup baik dipasaran global. Civic telah diperkenalkan oleh Honda Malaysia pada 2001, dan sehingga kini sebanyak 81,013 unit telah terjual sehingga Mac 2016.

Apa yang menarik tentang Civic baharu?

  • Ia dikatakan model Civic yang terbaik pernah dikeluarkan
  • Rekabentuknya yang sporty memberikan Civic gaya yang lebih atletik dan aggresif
  • Pertama kali di Malaysia, Civic didatangkan dengan lampu hadapan LED penuh dengan kombinasi  lampu nyalaan siang LED untuk memberikan pencahayaan yang lebih terang pada waktu malam.
  • Berukuran 4,630 mm panjang, 1,799 mm lebar dan 1,416 mm tinggi
  • Civic baharu lebih rendah dan lebar sekaligus menjadikannya lebih stabil
  • Struktur badannya lebih tegar dan unggul
  • Penggunaan suspensi topang MacPherson di hadapan dan Multilink di belakang memberikan pemanduannya lebih selesa
  • NVH dikurangkan dengan penggunaan sistem kalis bunyi yang lebih ringan
  • Ditawarkan dengan dua pilihan enjin, dan buat pertama kalinya enjin 1.5L VTEC Turbocharged dari Teknologi Earth Dreams Honda diperkenalkan. Ia berkuasa 173PS dan 220Nm tork dan prestasinya setanding dengan enjin 2.4 liter. Satu lagi pilihan enjin adalah unit 1.8L i-VTEC yang menjana 141PS dan 174Nm tork
  • Dipadankan dengan transmisi Continuously Variable Transmission (CVT)
  • Varian 1.5L Turbo dilengkapi rim aloi 17-inci, manakala varian 1.8L menggunakan rim aloi 16-inci
  • Empat ciri terbaharu diperkenalkan pertama, Remote Engine Start yang membolehkan pemandu menghidupkan enjin dari jarak 40 meter dengan hanya menekan butang pada kunci.
  • Kedua, Walk Away Auto Lock yang membolehkan kesemua pintu dikunci secara automatik apabila pemandu berada pada jarak 2.5 meter dari kunci (tanpa ada penumpang dalam kereta)
  • Dua ciri yang lain adalah Electric Parking Brake dan Brake Hold. Keempat-empat ciri tersebut adalah yang pertama dalam segmennya
  • Civic baharu juga dilengkapi dengan tempat duduk kuasa lapan cara untuk kesemua varian
  • Dari segi keselamatan, Honda melengkapkan kesemua varian dengan Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), ISOFIX dan enam Beg Udara

Tempahan untuk model ini boleh dibuat di 88 pengedar sah Honda seluruh negara. Pelanggan turut berpeluang untuk melihat model ini dengan lebih dekat lagi buat pertama kalinya di My Auto Fest 2016 pada 20 hingga 22 Mei 2016 (bermula jam 10:00 pagi hingga 9:00 malam) bertempat di Mines International Exhibition and Convention Centre.

Untuk maklumat lanjut kunjungi bilik pameran Honda yang berhampiran atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my or www.ridethedream.my.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments

Leave a Reply