Sebentar tadi, rakan kita Faye Zio telah mengirim empat keping foto model generasi baharu Saga atau Saga R yang telah ditemuinya sekitar lebuhraya Utara Selatan antara Nilai ke susur keluar Shah Alam. Hanya foto dari arah belakang sempat dirakam kerana pemandu model prototaip ujian tersebut mungkin menyedari gerak-gerinya sedang diperhatikan.
Proton sedang giat membangunkan model generasi ketiga Saga yang akan diperkenalkan pada suku ketiga tahun ini. Saga R bakal menjadi model terakhir dipasang di kilang pengeluaran MVF Shah Alam sebelum operasi pengeluaran berpindah sepenuhnya ke Tanjung Malim pada masa akan datang. Ia akan dicabar oleh sedan Perodua yang turut diperkenalkan pada tahun ini.
KLIK UNTUK BESARKAN FOTO
skrg saya pakai saga, x sabar nak tahu rupa sebenar saga yang terlatest
Macam ok je rupa SAGA baru ni dr FLX or BLM. nampak continuity curve side body tu menarik sikit dr yg skrg. Harap2 tk power train tk mengecewakan.
Semoga Proton berjaya mengharungi detik mencabar ini.
ya..nmpk lebih menarik