ARKIB

KATEGORI

Buletin

Risalah Perodua Kenari baharu?

Views

Kami menerima kiriman pesanan di Facebook dari rakan kita Pow Ying Hern yang berkongsi beberapa foto risalah dan gambar beresolusi tinggi model yang dikatakan Perodua Kenari baharu. Ada tiga foto risalah yang agak mencurigakan kesahihannya kerana menurut maklumat yang telah kami terima, Perodua tidak merancang untuk memperkenalkan model ini dalam masa terdekat.

brosur kenari 3

Pada artikel sebelum ini, kami membuat andaian foto risikan Daihatsu Move dengan plet perdagangan yang ditemui sebenarnya hanya untuk menguji beberapa sistem keselamatan baharu yang bakal digunapakai oleh model masa depan Perodua bermula dari Myvi generasi ketiga tahun hadapan. Untuk tahun ini Perodua hanya mengeluarkan model sedan yang dijangka membuat kemunculan seawal bulan Julai.

Jadi terpulang pada anda sama ada nak percaya atau tidak kesahihan foto-foto ini.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

brosur kenari 1 brosur kenari 2 brosur kenari 3 kenari_3akenari_4a kenari_5a kenari_6a kenari_8Blacka kenari_8Bluea kenari_8Greena kenari_8Greya kenari_8Orangea kenari_8Reda kenari_interior1a kenari_interior2a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

11 Comments


  • Semua palsu. Dibuat dengan teknik photoshop. Sila amati betul logo2 perodua. Ada senget, ada tak center. Lagipun, Perodua tidak akan guna nama haiwan lagi untuk keluarannya.


  • Mmm… sedan perodua kuar seawal bln julai? Batang hidung spyshot pun x nampak lagi… betul ker depa bikin sendiri sedan nie? Selepas toyota fully amik share daihatsu, kadang2 terfikir model sedan toyota seperti brio maze akan menjadi model sedan perodua. Baru blk bercuti di thailand, model nie bersepah2 di sini. Saiz n bentuk mmg sejenis dgn model saga cuma nampak agak compact. Comel2 gitu. Brio maze xde di pasaran m’sia. Kalau toyota nk pasarkan model nie di m’sia tanpa mengganggu pasaran b segmentnya seperti vios, depa bleh guna perodua. X tau lah kalau toyota bermurah hati n suh anak syarikatnya perodua bazir kuar budget rnd utk bina sedan pertamanya. No experience n too risky. Lagipun perodua adalah model perniagaan terbaik toyota menguasai pasaran m’ sia. Sy x fikir model sedan perodua nie akan menjadi model eksport global. Pasarannya nanti sekadar fokus kat m’sia n indonesia sbb brio maze xde lagi kat pasaran nie. So perodua, xkan nk tukar bumper lagi utk model nie?:p

    Cheers?


  • Mmm…. ye laa.. sorry2. Kenoneng sket. Brio amaze tu kereta honda:) konfius haha… model tu sgt sesuai compete dgn model saga kat m’sia. Means perodua akan buat kereta sedan pertamanya sendiri or guna pakai platform toyota ethios? Huhu..

    Cheers!

Leave a Reply