ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengurus besar syarikat pengeluar kereta ditahan SPRM

Berita Tempatan

Views

Seorang pengurus besar syarikat pengeluar kenderaan ditahan reman enam hari bermula hari ini kerana dipercayai menerima rasuah bernilai ratusan ribu ringgit daripada sebuah syarikat kereta terpakai.

Menurut Harian Metro, Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman sehingga 26 September itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Putrajaya, siang tadi.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Menurut sumber, pemberian rasuah itu diberikan kepada pengurus berkenaan sebagai balasan kerana membantu mendapatkan kereta untuk dijual di bawah harga pasaran dan tidak mengikut prosedur.

Kegiatan yang dipercayai dilakukan sejak 2019 itu tidak melalui proses penjualan diluluskan dan dianggarkan nilai kerugian mencecah jutaan ringgit dengan penjualan sekitar 1,000 unit kereta.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Sumber berkata, kereta ‘pra-pengeluaran’ yang dijual itu dikhaskan untuk kegunaan di kilang pengeluar bagi tujuan ujian dan kawalan kualiti sebelum pengeluaran sebenar kereta model itu dijual di pasaran.

Selain itu, terdapat juga kereta ‘trade-in‘ daripada pelanggan yang membeli kereta baharu dari syarikat pengeluar kereta itu turut dijual kepada syarikat kereta terpakai terbabit.

Menurutnya, suspek ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ASPRM) 2009.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply