ARKIB

KATEGORI

Buletin

Satu-satunya mekanik Malaysia dalam kancah MotoGP, cetus inspirasi buat 250 pelajar Kolej Despark

Berita Tempatan

Views

Sebagai satu-satunya mekanik Malaysia dalam kejohanan MotoGP, lelaki ini telah berjaya membangkitkan semangat lebih 250 orang pelajar bidang automotif dari Kolej Despark menerusi gambaran sebenar industri yang disampaikanya bagi memperkasakan generasi baharu para profesional dalam industri sukan pemotoran.

Sejak timbulnya krisis kesihatan global, para pelajar kolej dan universiti di Malaysia terpaksa melalui pembelajaran secara maya selama lebih setahun dan ini membawa pelbagai cabaran kepada mereka. Bagi para pelajar di sekolah-sekolah vokasional yang melibatkan latihan kemahiran secara amali, cabaran ini menjadi lebih berat.

Sesi ceramah maya ini adalah acara kedua dalam siri ‘Menyediakan Graduan untuk Industri’ yang dianjurkan oleh PETRONAS Lubricants International, anak syarikat Petronas yang merupakan pengeluar dan pemasaran pelincir global, dengan kerjasama Kolej Despark, sebuah kolej automotif dan penyelenggaraan pesawat yang terkemuka di Malaysia.

Apakah Kereta Diesel Mantap Bawah RM30K ? - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Para pelajar tersebut begitu teruja mendengar kisah perjalanan profesional Hibbatuulah Bin Mohamad Fuad, ataupun Habib yang bermula daripada seorang mekanik muda dan kini menjadi mekanik profesional untuk PETRONAS Sprinta Racing, sebuah pasukan Moto2 dalam Kejohanan MotoGP Dunia.

Menurut Pengarah Urusan Rantau Asia, PETRONAS Lubricants International, Giuseppe Pedretti, pihaknya percaya bahawa para peneraju industri dari kalangan warga Malaysia berpeluang untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman luas mereka bagi menyuntik semangat kepada generasi baharu dalam industri automotif.

Tambahnya, kerjasama dengan Kolej Despark ini bertujuan untuk menambah pengalaman pembelajaran dengan gambaran keseluruhan dan pengalaman industri yang eksklusif dan yang paling penting, merapatkan jurang antara teori dan pengetahuan praktikal.

Para pelajar Kolej Despark berpeluang memperoleh gambaran yang menyeluruh tentang industri automatif selain mendengar sendiri kisah pengalaman Habib sebagai salah seorang mekanik PETRONAS Sprinta Racing yang bekerja sebaris dengan jurutera dan ahli sains antara yang terbaik dalam bidang ini.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Antara peranan Habib sebagai mekanik pasukan Moto2 adalah bekerja dengan cecair dan pelincir yang dibangunkan oleh Fluid Technology Solutions™ PETRONAS. Jenama ini telah memberi sumbangan yang besar kepada prestasi pasukan dan memberikan kelebihan daya saing untuk pasukan ini.

Mengulas lebih lanjut, Pengurus Pembangunan Perniagaan Kolej Despark, Ahmad Firdaus Mansor berkata, kerjasama dengan PETRONAS Lubricants telah membuka peluang yang luas kepada para pelajar untuk menimba pengetahuan bagi menyediakan mereka untuk menyertai industri pada masa akan datang.”

Selain menerangkan tentang ciri teknikal sebagai seorang mekanik pasukan, Habib turut berkongsi cerita tentang cabaran dan keseronokan dalam membantu PETRONAS Sprinta Racing Team selain memberi nasihat tentang kerjaya kepada para pelajar.

Siri pertama acara ini yang telah diadakan pada bulan April 2021, menampilkan En De Liow, Jurutera Bendalir Litar Lumba PETRONAS yang bekerja rapat dengan pasukan lumba Mercedes-AMG PETRONAS F1.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply