Semalam portal Autocar melaporkan, “Sociedad Española de Automóviles de Turismo” atau SEAT bakal menghentikan pengeluaran kenderaannya apabila tiba ke penghujung kitaran hayat model generasi semasa.
Namun, jenama tersebut sebenarnya dikatakan akan keluar dari pembuatan kereta arus perdana dan bakal mendapat mandat yang baharu dalam Kumpulan Volkswagen.
Menurut Kumpulan Volkswagen, pihaknya telah mengumumkan yang SEAT bakal menukar ‘modus operandi‘nya.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
CEO Kumpulan Volkswagen Thomas Schäfer berkata, pengeluar kereta yang berpangkalan di Martorell itu akan mendapat ‘peranan yang baharu’.
Autocar melaporkan, jenama tersebut bakal menjadi syarikat mobiliti, sama seperti Mobilize dari Renault. Malah, SEAT sudah pun mempunyai barisan skuter elektriknya iaitu MÓ.
Sementara itu, kereta semasa akan kekal dalam pengeluaran selama beberapa tahun, tetapi tidak akan digantikan secara langsung oleh model generasi seterusnya, malah tidak lagi memakai lencana SEAT.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Model kemas kini hatchback dan wagon kompak Leon juga dikatakan tidak menggunakan lencana SEAT. Dalam erti kata lain, Kumpulan Volkswagen boleh menjual facelift Leon 2024 sebagai Cupra, namun segalanya belum dimuktamadkan.
Apabila ditanya tentang masa depan SEAT, Schäfer berkata “masa depan SEAT ialah Cupra.” Beliau juga menegaskan bahawa menyebut Kumpulan Volkswagen akan terus meningkatkan pelaburannya dalam Cupra.
SEAT mula menghasilkan kereta sejak 70 tahun yang lalu dengan melancarkan barisan pemasangan pada tahun 1953. Sehingga tahun 1986 kerajaan Sepanyol telah menjual jenama itu kepada Kumpulan Volkswagen.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI