ARKIB

KATEGORI

Tular

Sekeluarga cemas kereta disondol gajah

Tular

Views
@jadthechampion Syukur semua selamat Jeli-Gerik #fyp #fypシ ♬ original sound – Abdul Jad Ayub

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya Timur Barat Gerik–Jeli.

Perkara itu dikongsi pengguna TikTok @jadthechampion semalam. “Gajah rempuh kereta aku. Mujur semua selamat. Tidak mengapa, kereta boleh dibaiki,” katanya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai turut melahirkan rasa syukur kerana tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku ke atas keluarga tersebut.

Tidak kurang juga, ada warganet yang berkongsi tips serta doa yang boleh diamalkan sekiranya berdepan dengan situasi sama.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Kalau berada dalam situasi begini, cuba baca doa Nabi Sulaiman. Jangan buat bising dalam kereta sebab telinga gajah sangat peka,” kata Pinky.

“Keluarga ini memberhentikan kereta kerana takut gajah terperanjat. Kalau dia (gajah) naik minyak, boleh hancur kereta. Kalau gajah jauh boleh pecut, tapi kalau macam ini (dekat) lebih baik diam,” kata Amer.

“Hari ini baru tahu kalau gajah lalu, tak boleh bergerak dan tak boleh bunyi suara,” kata Elmo. Video berdurasi 50 saat itu mendapat lebih 61,900 tanda suka dan 2.1 juta tontonan di TikTok. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply