ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery Omoda 5 tular alami kegagalan brek jalani pemeriksaan di Puspakom, disahkan selamat

Berita Tempatan

Views

Chery Auto Malaysia menerusi satu kenyataan media semalam telah memaklumkan perkembangan terkini berkenaan aduan tular pada 6 April lalu dari seorang pemilik Omoda 5 di media sosial.

Bermula dari 6 April 2024, pasukan khidmat pelanggan telah berhubung rapat dengan pemilik tersebut, manakala sementara pasukan teknikal pula menjalankan penyiasatan menyeluruh terhadap kenderaannya yang dikatakan mengalami masalah brek.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kenderaan juga telah dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan secara menyeluruh termasuk pemeriksaan 10-titik, ujian brek, ketidakseimbangan dinamik, kehausan, daya sisa dan brek parkir bagi memastikan prestasi pembrekan optimum.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pasukan Chery Auto Malaysia dan Puspakom tidak menemui sebarang ralat, sekali gus mengesahkan bahawa kenderaan tersebut selamat, dan sistem breknya adalah memuaskan.

Pelanggan tersebut telah dimaklumkan dan diberikan penjelasan berhubung dengan hasil pemeriksaan tersebut. Pihak Chery Auto Malaysia turut mengeluatkan laporan secara terperinci berkenaan pemeriksaan itu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kumpulan Chery, termasuk Chery Auto Malaysia, senantiasa memberi keutamaan kepada isu keselamatan. Semua produk Chery yang diedarkan di lebih dari 80 negara mematuhi piawaian tertinggi sebelum dihantar kepada pelanggan.

Chery Omoda 5 merupakan sebuah kenderaan global yang dilancarkan pada April 2023, dan telah terjual lebih dari 130,000 unit (tidak termasuk China) sehingga Mac 2024.

Di Malaysia, Chery Omoda 5 telah menerima pelbagai pengiktirafan, termasuklah Anugerah Pilihan Editor untuk SUV/SUV Saiz Sederhana Terbaik oleh Carsifu The Star, SUV 5-penumpang Terbaik dari Carlist Malaysia, dan Anugerah Jaminan Luar Biasa dari Malaysia International Moto Expo 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Chery Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply