ARKIB

KATEGORI

Buletin

Serangan siber bikin operasi stesen minyak di Iran lumpuh

Berita Global

Views

Seluruh pengoperasian stesen minyak di Iran lumpuh akibat daripada serangan siber, sekali gus menyebabkan kenderaan terkandas ketika beratur untuk mengisi minyak.

Astro AWANI yang memetik laporan agensi media ISNA berkata, rakyat yang ingin mengisi minyak menggunakan kad subsidi yang disediakan kerajaan akan menerima mesej ‘Cyberattack 64411’.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Lima angka itu dipercayai merujuk kepada nombor telefon pejabat pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei. Malah, nombor 64411 itu sendiri pernah digunakan dalam serangan siber di Iran pada Julai 2021.

Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian yang menimbulkan kekecohan di seluruh negara itu. Sebahagian besar rakyat Iran bergantung penuh kepada bekalan minyak bersubsidi yang disediakan kerajaan.

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

Ia mempunyai persamaan dengan satu lagi serangan beberapa bulan sebelum ini yang seolah-olah mencabar pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei ketika ekonomi negara itu terjejas di bawah sekatan Amerika Syarikat.

Masalah ekonomi itu bertambah buruk apabila Amerika Syarikat dan Iran masih belum duduk semeja bagi membincangkan semula perjanjian nuklear Tehran.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit India Today

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply