ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart #1 varian Brabus buat kemunculan di IEMS 2023, anggaran harga RM250k

Berita Tempatan

Views

smart Malaysia secara rasminya memperkenalkan model mercu smart #1, iaitu varian Brabus bersempena Pameran Mobiliti Elektrik Antarabangsa (IEMS) 2023.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Datuk Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, bersama YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi.

smart #1 Brabus dipacu oleh dwimotor elektrik pacuan semua roda yang menjana 315kW dan 543Nm daya kilas. Masa pecutan dari 0-100km/j hanya mengambil masa 3.9 saat sahaja!

Varian ini menampilkan reka bentuk luaran yang dinamik dan aerodinamik, dilengkapi dengan kabin mewah menggunakan bahan premium.

Ia juga dilengkapi dengan kemasan dalaman Brabus yang eksklusif, manakala warna luarannya menawarkan tujuh kombinasi yang berbeza.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Berikut adalah pilihan kombinasi warna yang ditawarkan untuk varian smart #1 Brabus:

  • Bumbung Radiant Red – Atom Grey – Matte, Meta Black dan Cyber Silver.
  • Bumbung Hitam – Digital White, Laser Red dan Cyber Silver.
  • Bumbung warna badan – Atom Grey – Matte.

Anggaran harga bagi smart #1 Pro, Premium dan Brabus termasuk dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (di atas jalan, tanpa insurans) adalah dari RM200,000 hingga RM250,000.

Mereka yang berminat boleh membuat tempahan sekarang melalui aplikasi Hello smart dan akan menerima ganjaran pembeli terawal (Early Bird) smart #1, yang terdiri daripada kredit pengecasan bernilai RM1,001.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang, varian Brabus menggabungkan teknologi canggih, prestasi EV yang luar biasa dan keselesaan tanpa kompromi.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Penyertaan smart Malaysia di Pameran Mobiliti Elektrik Antarabangsa (IEMS) 2023 merupakan salah satu langkah pertama syarikat ke arah menyokong matlamat kemampanan Malaysia.

smart Malaysia juga sedang giat berusaha ke arah menyepadukan smart #1 ke dalam gaya hidup digital pemilik masa depannya, sebagai contoh pelancaran aplikasi Hello smart baru-baru ini.

Ia merangkumi pelbagai ciri, termasuklah tempahan kenderaan dan maklumat produk, serta maklumat pengecasan secara langsung, dengan 70 peratus daripada stesen pengecasan awam yang telah diintegerasi sehingga kini.

smart Malaysia juga telah melabur lebih RM3 juta dalam penyetempatan aplikasi digital semua-dalam-satu yang mengutamakan kemudahan.

Model smart #1 Premium dan Brabus kini dipamerkan bersempena IEMS 2023 di reruai pameran smart di Dewan 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, yang bermula sekarang hingga 6 Oktober ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply