ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell Malaysia Official Online Store kini di Lazada

Views

Buat pertama kalinya Shell Malaysia Trading Sdn Bhd menerusi Lazada Malaysia telah melancarkan gedung rasmi dalam talian, Shell Malaysia Official Online Store. Ini bagi memudahkan lagi pemilik kereta di seluruh Malaysia untuk mendapatkan minyak motor Shell Helix yang tulen. Selain kualiti yang terjamin, pembelian atas talian ini lebih mudah kerana harganya termasuk kos penghantaran ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Shell Malaysia Official Online Store turut menawarkan nilai yang hebat bagi pakej-pakej servis minyak enjin di bengkel-bengkel berdaftar yang terpilih di Lembah Klang dan Johor. Dengan harga serendah RM103, pakej tersebut merangkumi minyak motor Shell Helix pilihan, penapis minyak, caj perkhidmatan dan pemeriksaan 15-titik percuma.

Sempena pelancaran ini juga, pembeli di Shell Malaysia Official Online Store akan mendapat e-baucar daripada Lazada Malaysia bernilai sehingga RM30 bagi setiap pembelian minyak motor Shell atau pakej servis minyak enjin dari 3 hingga 10 Ogos 2017. Pemilik kereta yang mendapatkan pakej servis minyak enjin dari Shell Malaysia Official Online Store akan dihubungi oleh pengedar rasmi Shell untuk mengatur tempat servis, tarikh dan slot masa pilihan mereka, diikuti oleh pengesahan melalui SMS.

Shell Malaysia Official Online Store turut menyediakan sokongan teknikal produk bagi mereka yang ingin mendapatkan panduan mengenai minyak motor Shell Helix yang paling sesuai untuk kereta mereka. Menurut Pengarah Eksekutif Shell Lubricants – Asia Tenggara & Oceania, Troy Chapman, Malaysia merupakan pasaran yang pertama di Asia Tenggara yang menyediakan pembelian produk tulen dan pakej servis Shell Helix secara dalam talian menerusi sebuah saluran rasmi.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Hans-Peter Ressel menyatakan bahawa syarikat tersebut begitu teruja dengan penyertaan Shell, sebuah jenama global yang terkemuka, di platform e-dagangnya yang ternama di Malaysia. Layari http://www.lazada.com.my/shell-malaysia-official-store/ untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply