ARKIB

KATEGORI

Buletin

Siaran langsung menerusi “streaming” pelancaran Proton SUPRIMA S!

Views

Memandangkan esok tiada siaran langsung di kaca tv, Proton dengan usahasama Paul Tan’s Automotive News telah mengambil inisiatif untuk membuat liputan secara langsung menerusi streaming di YouTube bermula jam 10 pagi esok. Proton SUPRIMA S bakal dilancarkan oleh Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohammad di Menara Matrade. Nantikan kemunculannya!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

20 Comments


  • dh tgk depan mate td….mak aii mmg smart giler…jauhla smart suprima ni dr preve….bentuk hatchback ni mmg matching sgt dgn design preve sbnrnye….klu proton nk buat crossover body suprima ni mmg seswai sgt, cume perlu tambah 4×4 je dgn tayar offroad…..cume bab harga ajela kurg berkemampuan


  • adeh proton…… kete dah smart dah tapi harga xsmart…. cancel la aku ambk ni… baik aku ambk inspira 1.8 manual…. enjin pakai chain xpakai belt pastu bonet luas…… kecewa la aku dgn management proton ni,,,,,,,,,,,,,,


  • Dah tengok dekat Matrade sebentar tadi….. Orang rumah kerja MATRADE…. Owner Suprima S pertama ialah Tun M…. Nombor pendaftaran PROTON 2020 berwarna biru…. Datuk Lukman pun ada tadi…. Confirm dia join balik Proton….

    Tapi masalahnya staff Proton sendiri yang condemn produk sendiri bila saya lalu depan mereka ni tadi… Nak sabotaj company lebih baik resign dari makan gaji tak berkat tu… pelik perangai orang melayu ni… macam mana nak maju….


  • Kalau dah rasa tak mampu nak bayar bulanan RM800 ke atas, tak payah lah nak memaksa diri untuk bergaya. Kereta yang murah atau terpakai kan ada. Tak payahlah komplen itu dan ini, nampak sangat korang nih ….


  • Awal-awal ni pastinya Red Bean Army akan buat kerja condemn Surprima S ni.. just let it be sebab ia promosi percuma..

    Dari segi spesifikasi dan harga (di Malaysia) dan berpatutan dangan pelbagai safety features yang dipertingkat dari model preve dulu.

    kalau buat loan 9 tahun, RM800 la jugak dan pastinya sasaran adalah golongan berkerjaya dan professional. yang tak mampu ada option Saga SV yg dapat 3 star ANCAP mcm COO cakap tu..

    p/s: tengok COO duk present tadi, penilaian presentation 5/10, sebab banyak gagap.. patutnya hafal slide tu dan present dengan penuh confident.. Buat orang teruja macam DS Syed Zainal dulu..

    Harap ada versi Suprima dengan custom body bodykit macam selalu buat tu…


  • Walaupon aku tak mampu beli. Aku memang gembira tengok org lain pakai. TAHNIAH Proton. Penjelasan cukup masa pelancaran tadi. Tak perlulah nak marah sangat pasal harga. Cuba bandingkan SS dalam segment Hatchback sendiri baru nmpak realiti. Aku sendiri cemburu pada mereka yang pakai Preve, lagi la pula Suprima S. Tak sabar nak tengok atas jalan.


  • Saya masih lebih suka Preve sedan berbanding ini. Faktor utama adalah harga. Keduanya, mungkin saya kurang gemar kereta hatch kot. Haha..apa-apa pun, kereta ini memang kereta yang bagus. Harap-harap Proton akan incorporate kesemua improvement dekat suprima ni kat Preve FL nanti. Then maintain harga Preve sekarang, mungkin saya akan beli Preve FL tu. Sebab sekarang masih kurang mampu lagi..Harap-harap setahun dua ni akan mampu beli Preve FL tu..


  • Mana tuan tanah admin ni? Posting pelancaran Suprimau belum update lagi…Orang nakk komen nih..huhu.

    Sudah pun pergi melawat showroom Proton tadi dan melihat Proton Suprimau S (Proton SS) dengan lebih dekat. Juga sempat melihat seorang dealer perempuan sedang mengira point airbags dalam Proton SS.

    Pertama yang saya sentuh adalah ‘cubic-print dashboard’ yg berwarna tempest grey tu. Nampak cantik tapi kurang solid bila disentuh. Seingat saya, Preve CFE lebih baik. Kalau ia diwarnai dengan high-gloss piano accent sama dengan paddle shifter dan spoke steering, saya rasa ia lebih sesuai.

    Kedua terus saya lihat hand brake nya. Preve CFE agak plastic dan terasa murah. Proton SS hand brakenya disalut dengan kulit. Sudah tiada rasa murah.

    Tiada bau plastik dalam cabin Proton SS. Sbb dah biasa terbau plastik kereta baru, saya rasa Proton SS tak macam kereta baru pulak.

    LED rear light guide seperti kurang terang. Mungkin time tengah hari terik ni, kurang terang, perlu tunggu utk lihat time malam.

    Serupa dengan DRL. Perlu juga lihat time malam. Atau mungkin saya tidak berdiri pada posisi optimum DRL tersebut.

    Pada saya harga RM80k tersebut just ok. (kalau bagi lagi murah, apa salahnya…). Top notch safety feature. Cuma kurang Knee Airbag je..At least, segment C perlu ada knee airbag.

    Kalau saya tengah cari kereta, Proton SS bukan pilihan saya. Kenapa? Sbb saya kurang minat pada rupanya. Termasuklah Preve. Masing2 punya mata, masing2 punya judgement.


  • Berbaloikah beli Proton SS ni? Pada saya berbaloi. (Tapi kalau lagi murah, apa salahnya)..

    Daripada jenama lain macam Vios, RM93k tapi safety feature tidak seberapa. Kenapa Peugeot 208 RM86k boleh bagi safety feature lebih baik dengan harga lebih murah? Kenapa Ford Fiesta boleh bagi 7airbags? Kenapa Kia Cerato boleh bagi 6airbags harga bawah Rm100k?

    Maka dengan Proton SS ni, Proton telahpun menawarkan segment C dengan harga seperti segment B.

    Nak tunggu Vios ada 4 airbag pun jenuh. Lagi nak tunggu jadi 6,7? Kia Rio pun 4AT, tapi siap traction control dgn 6airbags. Tapi RM73k pulak lagi…


  • entahla..entah kenapa sya merasa trlalu bangga masa pelancaran td,rasa cm nk nangis pn ada..mgkn blum sempurna,but keep ur hard effort proton,it’s been so long waited to c protn get dis achivement..

Leave a Reply