ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION dilancarkan – Harga bermula dari RM247,670

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) siang tadi telah melancarkan Arteon R-Line 4MOTION baharu secara dalam talian. Tiga pilihan warna metalik ditawarkan, iaitu kelabu (Manganese Grey), biru (Lapiz Blue) dan perak (Pyrite Silver), termasuk dua warna mutiara iaitu hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White).

Model ini dijual pada harga bermula RM247,670.97 termasuk dengan pengecualian cukai jualan. Ia hadir bersama penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Rekaan fastback Arteon tampil lebih menyerlah dengan rekaan hud “clamshell”, jeriji krom dengan jejalur lampu serta sepasang lampu depan LED dan corong kemasukan udara baharu. Di bahagian bahagian belakang, kluster lampu LED memberi karekter yang bercerun. Penampilannya ditingkatkan lagi dengan logo R yang baharu.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Model ini dijana oleh enjin 2.0L TSI turbo yang menghasilkan kuasa 280PS dan 350Nm dya kilas. Enjin ini dipadankan pula dengan transmisi direct shift cekam berkembar basah (DSG) 7-kelajuan, yang membolehkannya memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 5.6 saat.

Ia turut dilengkapi sistem pacuan semua roda 4MOTION dengan penggunaan bahan api sekitar 7.4l/100 km. Di bahagian kabin, Arteon tampil lebih elegan dan sporty dengan kemasan perak R-Line dan stereng baharu. Segala maklumat boleh diakses dengan mudah menerusi Digital Cockpit dan sistem infohiburan Discover Pro yang kini menawarkan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar.

Sistem audio premium Harman Kardon 700-watt menyempurnakan lagi ruang dalamannya yang mewah dengan 12 unit pembesar suara yang memberikan kualiti akustik terbaik. Kemasan tempat duduk ErgoComfortnya pula dibalut dengan sempurna oleh kulit Nappa Carbon.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Suasana mewah ruang kabin ditingkatkan dengan lampu ambien bersama pilihan 30 warna yang boleh dilaras kepadatannya. Sistem pendingin hawa ‘Climatronic’ 3 zon baharu juga boleh dikawal menerusi sentuhan pada panel kawalan.

Dari segi keselamatan, Arteon dilengkapi dengan ciri bantuan pemandu yang merangkumi Bantuan Kekal Lorong, Bantuan Sisi, Sistem Makluman Pemandu, Amaran Lintasan Trafik Di belakang, pandangan Keliling 360°, Sistem Brek Pasca Perlanggaran, Sistem Tindak Balas Perlanggaran Pintar (ICRS) dan Kunci Pembezaan Elektronik (XDS).

Antara ciri keselamatan standard pada Arteon ialah seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Bonet Aktif, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar dan Brek Manuver. Dari segi praktikaliti, Arteon menawarkan ruang bagasi mencecah 563 liter dan ciri Easy Open dan Easy Close yang membolehkan but dibuka tanpa sentuhan tangan dan ditutup lebih perlahan.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, pihaknya yakin bahawa Arteon R-Line 4MOTION ini akan menjadi model paling laris kerana ia benar-benar unik dan tiada yang sepertinya di pasaran sekarang. Tempahan Arteon baharu sudah boleh dibuat di eShowroom yang dibuka 24 jam. Untuk maklumat lanjut, layari www.volkswagen.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply