ARKIB

KATEGORI

Buletin

Silau lampu HID tak ikut spesifikasi undang kemalangan

Berita Tempatan

Views

Penggunaan lampu High Intensity Discharge (HID) yang tidak mengikut spesifikasi hingga mengganggu pengguna jalan raya akibat lampu kereta yang terlalu terang menyebabkan pandangan menjadi silau serta boleh membawa kepada kemalangan maut.

Menurut Sinar Harian Premium, ramai pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya disebabkan oleh lampu HID yang sememangnya mengganggu penglihatan khususnya ketika hujan.

Seorang mangsa Khairil Anuar, 33, berkata, beliau terbabit dalam kemalangan disebabkan oleh lampu kereta HID semasa hendak pulang ke kampung halaman baru-baru ini.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Katanya, dia memandu seperti biasa dan lebih hati-hati kerana jalan raya di kampung agak sempit dan kebetulan kereta yang datang dari arah bertentangan menggunakan lampu HID menyebabkan saya terbabas.

Tambah Khairil, lampu kenderaan tersebut mengganggu penglihatannya yang ketika itu berada di selekoh dan tidak dapat mengawal kenderaan menyebabkan tayar kereta pecah.

Dia amat berharap pihak berkuasa mengkaji semula penggunaan lampu HID kerana ia mengganggu penglihatan pemandu lain dan boleh mengakibatkan kemalangan yang meragut nyawa.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 29, berkata, dia pernah mengalami kemalangan yang melibatkan lampu HID semasa mengambil anaknya pulang ke rumah.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Jelas Nor, kemalangan berlaku ketika hujan dan dia bersama seorang anak lelaki dalam perjalanan pulang ke rumah dari pusat membeli-belah.

Dia memandu dalam keadaan yang hujan dan ada kereta dari arah bertentangan menyuluh lampu tinggi serta memberi ‘high beam‘ membuatkan penglihatannya menjadi silau dan terlibat kemalangan.

Ujarnya, kereta yang dipandunya terbabas ke longkang di bahu jalan, namun mereka selamat. Sejak kemalangan tersebut, dia berasa takut untuk memandu ketika hujan.

Tambah Nor lagi, diharapkan pengguna jalan raya yang lain bertimbang rasa serta tidak menyusahkan orang lain dengan lampu HID mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply