ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemilik BMW guna plat fancy dalam video tular disaman RM300

Berita Tempatan

Views

Pemilik kereta BMW yang menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy sepertimana tular di media sosial telah disaman semalam atas kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

Menurut K! ONLINE, Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, pihaknya menerima aduan berhubung rakaman video yang tular berdurasi 11 saat menunjukkan sebuah kereta jenis BMW berwarna kelabu menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Bertindak atas aduan, pada pukul 2.45 petang pemandu kenderaan tersebut telah hadir di Balai Trafik, Jalan Bandar bagi tujuan siasatan.

Hasil siasatan mendapati pemandu kenderaan tersebut yang merupakan wanita berumur 32 tahun telah membuat pengakuan bahawa kenderaan yang tular adalah miliknya.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Menurutnya, pihaknya juga telah mengeluarkan saman di atas kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

Justeru itu, pemandu telah menukar semula kepada nombor pendaftaran yang asal. Ujar beliau, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply