ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sindiket lori kebal – SPRM rakam percakapan Pengarah JPJ Pulau Pinang

Berita Tempatan

Views

Semakin panas kes lindungi ‘sindiket lori kebal’ di Pulau Pinang setelah berpuluh-puluh penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditahan baru-baru ini. Berita Harian melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang lagi penguat kuasa jabatan tersebut semalam, bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pemilik lori di negeri itu.

Ketua Pembantu Penguat kuasa Gred KP22 itu hadir ke pejabat SPRM negeri kira-kira jam 10 pagi dalam keadaan mulut berjahit akibat kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya. Dia sepatutnya hadir memberi keterangan bersama 21 lagi pegawai JPJ yang ditahan dalam fasa ketiga pada April lalu, namun tidak berbuat demikian kerana terbabit dalam kemalangan.

JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

Sumber berkata, SPRM telah merakam percakapan pegawai berkenaan dan dibebaskan semalam. Pegawai berkenaan sebelum ini dikecualikan daripada hadir memberi keterangan di pejabat SPRM kerana masih dalam tempoh cuti sakit.

Selain itu, sumber tersebut berkata, SPRM turut memanggil Pengarah JPJ negeri, Mohamat Johari Mat Nor, untuk dirakam percakapan. SPRM hanya merakam percakapan Mohamat sebagai saksi dan tidak bercadang memanggilnya semula. Buat masa ini, SPRM juga tidak bercadang memanggil mana-mana bekas pengarah JPJ Pulau Pinang yang lain.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya

Setakat kini, seramai 80 individu, termasuk 74 penguat kuasa JPJ negeri berjawatan Gred 19 hingga Gred 32 sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes terbabit. Anggota JPJ yang terlibat disiasat kerana dipercayai menerima bayaran antara RM10,000 hingga RM32,000 secara bulanan sebagai dorongan untuk melindungi pemandu lori lebih muatan dengan tidak mengambil tindakan.

Mereka turut didakwa membocorkan maklumat operasi dijalankan JPJ, selain kumpulan lori berkenaan dilindungi menggunakan pelekat khas yang hanya dikenali penguat kuasa terbabit.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto sekadar hiasan. Kredit Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply