ARKIB

KATEGORI

Buletin

Singapura tak ingin anjur F1 lagi

Views

Bernie Ecclestone baru baru ini mendedahkan Singapura tidak lagi berhasrat menjadi hos perlumbaan Formula 1. Spekulasi mengenai sama ada Singapura berminat atau pun tidak untuk memperbaharui kontrak mereka yang bakal berakhir selepas perlumbaan tahun hadapan telah tersebar sejak beberapa bulan lalu. Ia mungkin juga ada kaitan dengan jiran terdekatnya, Malaysia yang bakal menarik diri dari menjadi hos F1 selepas 2018.

Namun dalam temubual bersama Auto Motor Und Sport pada Ahad lalu, Ecclestone berkata beliau yakin Singapura tidak akan meneruskan perjanjian perlumbaan tersebut. Beliau juga tidak terkejut jika ada beberapa pengeluar termasuk juara dunia Mercedes akan keluar dari saingan tersebut dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Penganjuran sukan F1 sememangnya memakan belanja yang besar dan pulangannya juga cukup lumayan. Sebagai contoh, Singapura yang secara tiba tiba menjadi hab penerbangan dari negara tersebut atau menjadi destinasi pendaratan dari destinasi lain. Berkemungkinan mereka telah mencapai apa yang dihajati dan tidak mahu lagi menganjurkan perlumbaan tersebut.

Kini Grands Prix Jerman dan Brazil 2017 turut menjadi tanda tanya kerana mereka masih belum pasti lagi berhajat untuk menjadi tuan rumah. Ecclestone menambah, mereka kini sedang berusaha untuk mengekalkan Kanada dalam kalendar perlumbaan dan sedang berusaha untuk mumujuk Brazil walaupun ia agak sukar. Untuk Grands Prix Hockenheim pula, mereka tidak boleh memberi subsidi untuk perlumbaan tersebut kerana jika tidak membuat perkara yang sama untuk perlumbaan yang lain di Eropah.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Litar f1 Silverstone akan dijual bagi mengekalkan legasi perlumbaan f1 10 tahun lagi. Pelabur atau penyuntik modal atau pemilik baru wajib menganjurkan perlumbaan f1 jika mahu memiliki litar Silverstone.

Leave a Reply