ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandu melebihi had laju – Phua Chu Kang dilarang memandu tiga bulan

Berita Global

Views

Pelakon sitkom Phua Chu Kang, Gurmit Singh didakwa kerana memandu pada kelajuan 131 kilometer sejam bersama anak lelakinya dalam kereta berkenaan di laluan dengan had kelajuan 70 kilometer sejam.

Berita Harian Singapura yang memetik laporan The Straits Times berkata, selebriti berusia 56 tahun itu didenda SG$800 (kira-kira RM2,490) dan diharamkan daripada memandu selama tiga bulan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Singh, yang nama sebenarnya, Gurmit Singh Virk Chainchal Singh, mengaku bersalah atas satu tuduhan di bawah Akta Trafik Jalan Raya. Sebelum ini, dia tidak pernah berdepan sebarang kesalahan jalan raya.

Mahkamah diberitahu, sekitar 9.30 pagi pada 12 April lalu, Singh telah memecut laju keretanya ketika berada di Woodlands Avenue 12 menuju ke Seletar Expressway. Kereta yang dipandu dipercayai adalah jenis kereta mewah Audi A8 L yang baru sahaja dikeluarkan di pasaran.

Singh memberitahu mahkamah, dia mengesan bunyi pada kereta itu dan mahu anaknya mendengar bunyi itu. Dia juga dikatakan tidak mengetahui bagaimana pemanduannya boleh mencecah kelajuan 131 kilometer sejam dan mendakwa ia hanya peristiwa yang berlaku sekali saja.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Singh ditegur Hakim Daerah Salina Ishak yang memberitahunya dia membahayakan nyawa anaknya itu. Singh kemudian menjawab teguran berkenaan dan menyesali tindakannya. Bagi kesalahan memandu laju, Singh boleh dipenjara hingga tiga bulan atau denda hingga SG$1,000.

Selepas meninggalkan mahkamah, Singh membuat hantaran video di Instagram, berjanji untuk menjadi pemandu lebih baik. Katanya, dia memohon maaf, dan berharap dapat menjadi individu lebih baik. Ramai pengguna memberikan komen sokongan kepadanya.

Pelakon itu yang memainkan watak Phua Chu Kang baru-baru ini muncul dalam kempen menggalakkan warga Singapura mendapatkan vaksin COVID-19 secepat mungkin.

Sumber : Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit 8days

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply