ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart Malaysia dan UOW Malaysia umum pemenang pertandingan video pendek ‘Electrifying The Future’

Berita Tempatan

Views

smart Malaysia mengumumkan pemenang pertandingan ‘Electrifying The Future‘ dengan kerjasama daripada Universiti Wollongong Malaysia (UOW Malaysia).

Pertandingan ini mempamerkan video-video pendek kreatif hasil daripada pelajar berbakat yang melabuhkan tirainya dengan acara tayangan video di kampus UOW Malaysia.

Kumpulan 2 Fast 2 Smart membawa pulang hadiah utama yang berupakan wang tunai sebanyak RM5,000 untuk video kreatif mereka yang sangat menarik dan lucu.

Video tersebut memaparkan ciri-ciri unik smart #1 yang membezakannya dalam pasaran kenderaan elektrik. Tempat kedua berupa hadiah wang tunai sebanyak RM4,000 dimenangi oleh kumpulan JSL dengan penceritaan perjalanan di jalan raya yang sangat menyentuh hati.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Di tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan SJY Studio menerusi video visi inspirasi kenderaan elektrik untuk masa depan yang lestari, dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.

Selain itu, Hadiah Penghargaan turut diberikan sebanyak RM1,000 kepada kumpulan Jus Mad dan hadiah ‘Most Likes and Shares’ wang tunai sebanyak RM1,000 pula diberikan kepada kumpulan BCM.

Ketua Pegawai Eksekutif Smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, konsep penceritaan dan idea-idea daripada para pelajar ini sangat kreatif, dengan elemen komedi yang dibawakan dan beliau ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan yang telah berjaya.

Para pemenang berkongsi pandangan dan motivasi mereka dengan barisan juri serta pihak pengurusan dari smart Malaysia dan UOW Malaysia sepanjang tempoh pertandingan berlangsung bermula dari pada 31 Mei 2024 yang lalu.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

Naib Canselor Universiti Wollongong Malaysia, Profesor Dr. Hiew Pang Leang pula menambah, penghasilan karya kreatif para pelajar ini dapat menyampaikan impak positif kenderaan EV dan bagaimana ia boleh memberi inspirasi kepada perubahan global.

Berikut adalah video hasil karya 10 pasukan yang disenarai pendek bagi pertandingan ‘Electrifying the Future’:

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply