ARKIB

KATEGORI

Buletin

Thada, motosikal elektrik rekaan syarikat Malaysia sasar kuasai Kemboja

Berita Global

Views

MCLS Synergy Co Ltd, sebuah syarikat milik Malaysia di Kemboja berhasrat untuk mengembangkan penguasaan dalam sistem pengangkutan mesra alam yang semakin popular di negara itu melalui jenama motosikal elektriknya, Thada.

Memandangkan ibu kota Kemboja mula menerima matlamat mesra alam, permintaan untuk pengangkutan hijau perlahan-lahan mula meningkat, sekali gus mengubah dinamik pasaran kenderaan elektrik (EV).

Motosikal Thada yang direka di Malaysia bersifat ‘licik’ serta mudah ditunggang, ia menggunakan komponen yang dikeluarkan di China dan dipasang di Phnom Penh, memasuki pasaran pada 2018 untuk bersaing dalam segmen yang agak baharu, mengambil kesempatan daripada dasar Kemboja bagi mempromosikan kenderaan pelepasan karbon rendah yang mampu mengurangkan pencemaran.

Walaupun pasaran EV masih dalam peringkat awal, MCLS telah menjual kira-kira 400 unit di pasaran domestik sejak dilancarkan, walaupun bersaing dengan sekitar 10 pemain EV lain.

Pengarah Urusan MCLS, Syaiful Hazreen Hasan Nodin, memberitahu Bernama bahawa motosikal konvensional masih menguasai pasaran motosikal manakala sektor EV masih belum diterokai.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

“Terdapat potensi besar dalam pasaran Kemboja; ia mempunyai populasi yang muda selain semakin meningkat, dan bagi kebanyakan pelajar serta orang dewasa, motosikal adalah mod pengangkutan utama berikutan harga bahan api yang agak mahal di sini.

“Tetapi kekurangan kesedaran menyumbang kepada pertumbuhan perlahan pasaran dan terdapat juga ramai pemain,” kata Syaiful.

Kira-kira tiga juta orang mendiami Phnom Penh, negara tersebut mendaftarkan lebih lima juta motosikal.

Menurut Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan, terdapat 914 skuter elektrik berdaftar dan 18 stesen pengecas EV setakat Jun 2024 di seluruh negara.

Bersandarkan model perniagaan yang menarik serta pakej harga mampu milik, Thada terus menyaingi pesaingnya dalam segmen EV.

“Bagi menjadikannya lebih mampu milik, kami memperkenalkan pakej sewa untuk pelanggan dan untuk mengatasi masalah stesen pengecasan bateri, kami bekerjasama dengan syarikat pengecas bateri.

“Mereka menyediakan stesen bateri dalam radius lima hingga 10 kilometer di Phnom Penh City. Pelanggan boleh menukar bateri dan meneruskan perjalanan sejauh 60 kilometer lagi.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

“Model perniagaan sewa kami dibentuk dalam pakej bulanan dengan perbatuan tanpa had. Pelanggan hanya membayar bayaran bulanan tanpa kos tambahan bagi mengecas bateri dan hanya menukar atau menukar bateri di stesen bateri,” kata Syaiful.

Thada telah melancarkan tiga model setakat ini, Thada-OX (1,200 watt), Thada- H1 (1,200 watt) dan Thada Moon-X (3,000 watt), semuanya menggunakan bateri litium.

Kata Syaiful, motorsikal ini, mempunyai pelepasan sifar dan memerlukan penyelenggaraan yang kurang berbanding motosikal petrol. Tahap hingarnya adalah rendah dan mereka mempunyai motor DC yang tahan lama.

Motosikal Thada kini popular dalam kalangan penunggang penghantaran makanan muda kerana kos bahan apinya yang lebih rendah dan penyelenggaraan yang agak kurang berbanding dengan enjin pembakaran.

Kerajaan Kemboja melancarkan dasar kebangsaan mengenai pembangunan kenderaan elektrik 2024-2030 pada Julai tahun ini dengan sasaran untuk mendaftarkan 720,000 motosikal elektrik menjelang 2030.

Kemboja merancang untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 41.7 peratus menjelang 2030. – Berita Harian/BERNAMA

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit THADA E Bike

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply